Petua Yogurt masker
17 October 2012
Masa raya haritu, adik perempuan, Shida tegur yang liang roma kat muka aku nampak sangat. Terus aku kelam kabut dan tanya tiap-tiap orang dalam rumah keadaan kulit muka aku sebab tak puas hati. Ini mesti pasal aku tenyeh guna scrub kasar sangat kot.
Balik Johor je, terus aku cari petua kat Google dan Youtube.
Hampir setiap hari aku tepek yogurt masker, kira-kira selepas seminggu,
"Akak, tengok muka sikit, dah tak nampak sangat liang roma. Dulu nampak."
Beberapa hari kemudian sorang lagi tegur,
"Muka akak nampak bersih. Macam bersinar-sinar haha......". Ayat macam bercahaya sebab nur iman gitu. Kalo ye, alangkah bagusnya.
Aku pun, "Glowing eh?". Ceh perasannnnnnnn yang amat.
Mesti la teruja kan bila dah orang puji-puji. Tipu kalo tak teruja.
Jadi aku nak share sikit la petua. Aku guna yogurt yang plain tu. Bukan yogurt yang berperisa tu tau. Lepas tu aku campur la jus perahan lemon, tomato (kulit berminyak) yang dilenyekkan, timun (kulit kering) yang dilenyekkan jugak atau oat (semua kulit). Lagi senang guna blender je. Aku gilir-gilir la guna. Kalo aku rasa nak guna yang timun, aku lenyek la timun hari tu. Ikut mood la. Lepas tu tepek kat muka dan biarkan selama 30 minit. Then cuci ngan air suam. Tak yah guna pencuci muka lagi.
Apepun, kunci kejayaan ialah kena konsisten. Lepas aku dah puas hati, maybe aku kurangkan 2-3 kali dalam seminggu.
3 soseh-soseh:
lepas dah letak kat muka, boleh makan tak yogurt tu? ;)
alaaa ruginya yogurt tue... selain boleh cantikkan muka, boleh kuruskan badan juga... lepas tepek, makan Yogurt tue.. koh koh koh
@lan
ape kate hang cube dulu, lps tu bgtau ape rase..blh? hehe
@aujinz
baru rm4 rgt lbh..tu pun tahan utk sebulan. homemade lg murah kalo nk dibandingkan beli masker kt kedai2 farmasi tau...
Post a Comment