Geng surau

23 January 2013

Tak tahan gelak aku tengok geng surau. Dah masuk list wajib layan. Bukan Beto je, semua pelakon pun best.

Kat youtube ada, tapi season 2 je.

ps: Terasa nak sambung phd. Insyaallah kalo ada rezeki.

Read more...

Listen listen listen

16 January 2013

Situasi semalam.

Aku dengan member aku pelik apesal ramai yang sangat update status kat FB 'listen listen listen'. Then tanya la project manager kitorang, En Alisham.

En A : Ooo....awak pi bukak blog OmakKau dan tengok video ni. (Sambil tunjuk video mane).

Sambung lagi,

En A: Jap nanti kita meeting. Tak pe awak layan dulu video tu sampai habis.

Kitorang pun layan la video tu sampai habis. Ada bos yang macam ni? Suruh layan video dulu, baru meeting. Buat penat je dulu beria-ria takut dengan dia dulu, nak angkat call dia pun punya la cuak, macam nak gugur jantung dibuatnya siap baca Bismillah lagi. Tapi sekarang, takut tu jadi respek dan makin rapat macam kawan-kawan. Siap boleh bergurau kasar lagi.

Tapi big bos yang tak pernah naik angin, tetapi...entah la. malas nak cakap. Rasa nak berhenti kerja je. Tapi sedih kot nak tinggalkan member-member yang lain lebih-lebih lagi En Alisham yang garang tapi baik.

ps: Ada ke sesiapa yan tak tahu pasal listen listen listen tu? Tak pe boleh google. Tengah HOT skang.



Read more...

Potong tangan

15 January 2013


Bercakap pasal politik.

Member A : Tapi kalo pembangkang amik, nanti buat hukum hudud.

Aku: Eh bagus lah macam tu.

Member A: Nanti curi je potong tangan. (Sambil wat reaksi potong tangan).

Member B: Bukan senang nak jatuhkan. Banyak benda lagi proses dia. Bukan setakat cukup 4 saksi je.


Panjang lagi perbincangan.

Dulu pun aku ingat senang nak jatuhkan hukum. Bila belajar dengan seorang ustazah dalam kuliah mase kat UTM dulu, banyak sangat aku belajar. Mata dan minda aku terbukak lebih luas pasal hudud ni. Rupanya ramai lagi salah faham dengan hukum hudud. Nak salahkan individu pun tak boleh jugak kalo tak paham kan?

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP