Sempat lagi tu..minat punya pasal

21 October 2012

Minggu lepas famili aku datang dari Pahang sebab aku konvo hari Sabtu kat UTM. Sampai kat sini hari jumaat malam. Mau 5-6 jam jugak drive sampai sini.

Sampai rumah aku jer, ayah dengan adik lelaki aku,si Mizi terus ON tv, bukak tv1...pasal nak tengok bola. Entah macam mana dorang adjust sampai kasi nampak kaler...channel tv1 memang tak berapa nak clear.

Ish kaki bola sungguh anak beranak ni.  Dah la ayah aku cirit birit on the way ke sini. Tak padan dengan penat.

Cakap pasal bola. Jumaat petang kelmarin aku joging. Tengah jalan ni, aku nampak sorang laki tengah pasang bendera merah. Tengok kereta dia lak...ade corak kotak-kotak..merah putih. Lepas tu aku tengok no plate lak, sah Kelantan. Sah ni mesti nak pergi berarak tengok final ni.

Tersenyum aku tengok gelagat orang minat bola ni. Fanatik sungguh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP