Keje kat kampung
12 September 2012
Aku dah bosan la duduk kat sini. Tak ada apa lagi dah. Osmet aku yang sorang lagi dah nak keluar sebab opis dia dah pindah tempat lain. Kalo dia keluar, tak ada la member nak berborak.
Osmet tu pun cakap, kalo dia keluar nanti, kesian aku sorang-sorang. Aku tak boleh hidup lah dengan suasana yang sunyi. Ye la, aku kan dari keluarga yang besar. Aku dah biasa dengan suasana yang riuh rendah.
Osmet sorang lagi lak asyik terperap kat bilik jer kalo tak keluar.
Aku sampai mesej adik aku, Mizi, tanya ada tak kerja kosong kat tempat dia. Dia cakap mintak jer tak yah tunggu kosong.
Sambil-sambil tu, kolej-kolej swasta kat kuantan tu, semua aku mintak. Mujur la banyak jugak kolej kat kuantan tu. Harapnya peluang nak dapat pun tinggi lah. Jadi la sementara nak tunggu keja kat Universiti Awam kan.
0 soseh-soseh:
Post a Comment