Terharu bila diberi kepercayaan

30 August 2012


Opismate aku sebelum ni yang pernah berhenti mintak masuk semula ke dalam company ni. Alasan sebab nak fokus dengan master dia.

Bos besar bagitahu semalam, dia nak masuk balik tapi encik ali sham tak nak (project manager). Bos besar aku ni nak je.

Hari ini, project manager bagitahu,

"Dia akan masuk balik, tapi bukan bawah saya la. Saya tak nak. Saya lebih percaya kat korang. Walaupun mula-mula tak tahu langsung hehe". 

Cehh perli la tuu, ayat last tu...kitorang mana pernah belajar php. Zero. Masuk company ni baru start learning.

Bayangkan la perasaan korang bila dengar dari mulut bos korang sendiri. Terharu + gembira.

Opismate lama aku tu lagi terer. Kira otai la dari kitorang ni. Nak cakap pasal atitud, macam lah kitorang ni ada atitud. Pukul 9-10 pagi baru sampai opis. Baguss huh atitud kami kan...

Bila project manager mintak datang awal, kol 8.30(dah waktu opis hour ni), boleh aku tanya balik,

"Ada apa esok en ali sham???".

Bengkek jer telinga dia dengar. Haha...





2 soseh-soseh:

Aujinz September 1, 2012 at 7:04 AM  

amboihh.. masuk kerja pukul berapa sebenonye?..

Ann September 3, 2012 at 2:33 PM  

ojin, 8.30-5.30 hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP