Bila kanak-kanak datang beraya

03 September 2012


Weekend lepas.

Aku ruang tamu dan pintu terbukak cuma pintu grill je la yang berkunci. Bermakna ada orang di dalam.

Tiba-tiba dengar suara budak-budak kat luar pagar,

"Assalamualaikum. Kami datang nak beraya". 

Dorang nampak aku kot. Apalagi cepat-cepat la aku menyorok kat dapur sebab memang kebetulan aku nak ke dapur minum air.

Lama jugak dorang bagi salam sambil intai-intai ke dalam rumah. Dasyat gila budak-budak sekarang. Macam selagi tak jemput, selagi tu la bagi salam depan rumah.

Bukan tak nak jemput. Problemnya, al maklumlah rumah bujang. Takkan aku nak hidangkan air kosong je kot dan ada roti kosong je. Baik tak yah.  Tambah-tambah lagi aku sorang je kat rumah. Malas aku nak layan huhhh.....

Aku tak berkenan sangat bila budak-budak yang entah dari mana datang beraya bila dah banyak hari raya. Kalo hari pertama atau kedua, aku boleh terima sebab kita pun dalam keadaan bersedia nak terima tetamu.

2 soseh-soseh:

Lan Bingka September 4, 2012 at 9:02 AM  

lebih baik tutup pintu :)

Ann September 4, 2012 at 9:47 AM  

bergelap la umh aku xde cahaya masuk n xde angin...xsuke3 huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP