Neraka..Dia belum Islam
22 July 2012
Semalam aku ada baca satu post kat facebook. Aku share kan post yang aku copy paste dari Fanpage tu.
Dia adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak RM150,000 untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.
Pada satu musim salji, beliau telah memberi RM250 terakhirnya untuk cikgu2 pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li
Kemudian aku terbaca salah satu komen. Bunyinya macam ni,
neraka da..dia belum islam.
Serius aku agak terkejut. Ramai orang yang komen kt post tu pun bukan islam.
Aku dengan sabar cuba tegur mamat tu. Dia baca ke tak...entah lah. Yang penting aku nak betulkan salah faham. Aku tak nak orang bukan islam salah faham tentang islam dan fikir negative tentang islam. Ada jer orang bukan islam yang membalas balik komen mamat tu. Tapi mereka membalas tanpa perasaan emo dan tak mengeluarkan kata-kata yang tak baik. (Terasa agak malu dengan sikap segelintir orang kita)
Sgt terharu...huhu terasa cam tak de sebab lagi kononya kita tak mampu nak menderma. @M. F(telah ditukar nama)., jangan buat ksimpulan macam tu. kita tak tahu ketentuan Allah swt macam mana. Pelacur yang pernah bagi air pd anjing pun, allah swt telah janjikan syurga. Bukan senang nak jatuhkan syurga neraka pada sseorang.Tidak semestinya terus masuk neraka. mungkin dia tak pernah tau dan kenal islam. Seorang ustaz berbangsa cina pernah sebut pasal ini ttg adakah semua orang bukan islam masuk neraka. jgn jatuhkan hukum. bukan kerja kita. baca ayat surah hujurat ayat 1.
Maybe mamat tu tak tahu. Dulu aku pun cam tu jugak. Ingat semua orang bukan islam akan masuk neraka. Hanya orang islam akan masuk syura. Tetapi bila aku dengar ceramah bicara tentang ini, baru lah aku tahu.
Kafir ialah orang yang menolak islam setelah sampai islam kepada nya. Bukan semua orang bukan islam ialah kafir.
Tapi kalo tak tahu pun, bagi aku boleh kot guna akal. Jagalah sensitiviti orang lain. Apa perasaan kita bila kita dengar kata-kata macam tu kepada saudara yang dekat dengan kita.
Ada jugak video ceramah dari UAI. Saja nk kongsi.
6 soseh-soseh:
Erm erm .. betul.. aku paling risau persepsi non muslim apabila mereka di jatuhkan hukuman begitu..perkara pertama yang kita perlu terapkan untuk mereka tertarik ialah keindahan Islam.
Kata kata macam tue mengundang perbalahan kalau tak di handle dengan betul dan akhirnya hati mereka keras untuk menerima Islam
aah betul, aku stju sgt, ptut terangkan keindahan islam dulu. takut diorang igt islam ni agama yg extreme jer or melampau. kata2 mcm ni bolh mgundang slh faham thdap islam jer. bukannye nk menarik dorg, tp mjauhkan lg dorang ade lah.
Betul tu.. Biarlah Allah yang tentukan
bila komen tanpa berfikir,,
itulah yg terjadi
@lan bingka
betul3...ramai sgt nk jd hakim
@dedin
bila komen tanpa pk perasaan org lain
sy setuju , tak semua org bukan islam itu kafir :)dan tak semestinya orang melayu itu islam , dan tak semua orang islam itu pasti dapat masuk syurga :)
Post a Comment