Jubah dan Konvokesyen

22 May 2011

Minggu lepas aku balik kampung selama 4 hari. Ok nak dijadikan cerita, adik aku, si mizi konvo kat Uitm Dungun.

Aku tak ikut pasal seluar jeans aku belum kering. Ada satu jer seluar, tu pun yang seluar aku pakai masa balik kampung.

Lepas balik dari konvo, sampai jer kat rumah, adik aku cerita pasal peristiwa kat sana lah. Peristiwa ni berlaku kat sebuah kedai kira-kira 5km dari Uitm. Dah luar UITM! Masa tu hari tengah sangat panas, sampai terasa nak bukak baju, adik aku yang cakap lah.

Tiba-tiba kat kedai tu, lalu lah seorang budak perempuan yang tengah pakai jubah konvo pergi order kat pakcik kedai tu. Lepas order tu, budak perempuan tu pun pergi tanggalkan jubah.

Yang herannya, hari tengah panas..boleh lak pakai jubah, dan kenapa tak tanggalkan jubah tu awal-awal lagi.

Adik aku cakap kat member dia, "Macam dia sorang jer yang konvo".

Aku tengah bayangkan aku kat kedai tu dan nampak situasi tu. Kelakar bila bayangkan situasi tu.

*Aku walaupun bangga macammana pun dah konvo, tak sanggup ar nak pakai jubah kat luar U. Macam pelik. Kehkehkeh.


2 soseh-soseh:

~HaNna~ May 24, 2011 at 8:19 AM  

haha..die rase sejuk jek kot pki jubah tuh....
bia la die pakai..susah tuh nk dpt..amek mase more than 3years utk pki jubah konvo taw....
p/s:aku phm perasaan bdak tuh...

Lan Bingka May 25, 2011 at 3:48 PM  

mungkin baru keluar dari kedai gambar yg berhampiran, amik gambar konvo kat kedai.. atau baru lepas amik gambar konvo versi outdoor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP