Kevin Skinner : Salah satu sebab kenapa jangan judge dari luaran

23 May 2011


Aku baru lepas tengok america's got talent musim 5. Best betul mamat yang kat atas ni nyanyi. Semua hakim bila nampak mamat ni mula-mula naik pentas, diorang sendiri mengaku ingat bakat mamat ni sama teruk dengan rupa. Pakaian selekeh, loghat yang pelik dan pakai topi terbalik. Pengacara pun cakap mamat tu memang budak kampung.

Bila salah sorang hakim ni, david tanya apa pekerjaan mamat ni, jawab mamat ni, "Tangkap ayam".

Satu dewan pakat gelak. Lurus betul. Bagi aku jawablah, "Kerja ladang". Nampak cool sikit..hehe.

Kesian tol aku tengok bila kena asyik gelak. Sekali bila nyanyi, semua terpukau. Termasuk dengan aku2 sekali. Best woo mamat ni nyanyi, rasa macam menusuk kalbu. Lagu If tomorrow never comes. Salah satu lagu faveret aku ni. Nyanyi dengan gaya ala-ala country.



*Dia ni juara musim ni. Bila google, baru tahu.

1 soseh-soseh:

Aujinz May 23, 2011 at 2:07 PM  

don't judge the book by its Guitar.. hue hue hue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP