Kelas bahasa inggeris
20 May 2011
Hari ni mentang-mentang lah seharian semua bos tak ada kat opis termasuk projek manager, salah seorang opismate aku buat kelas bahasa inggeris lah kononnya kat kitaorang yang lain. Opismate aku ni suka baca novel english dan pernah sekolah kat UK masa kecik dulu. Serius aku ingat biasa je orangnya sebab tak nah dengar dia speaking. Lagipun tak ada sebab nak speaking english sebab sini semua melayu. Sekali, ambik kau... teror rupanya.
Seronok sebab tahu benda baru dan nampak benda tu macam sangat simpel tapi sangat menarik sebenarnya. Ada yang dah tau tak pe lah, tapi bagi kitaorang terutama sekali aku yang tak nah tahu kagum lah kan.
Word paling menarik ialah sunny side up. Agak-agak apa?
Bila member aku tu tanya, serius lah aku pikir matahari. Rupanya telur mata kerbau. Cuba kalo kat kedai, sebut sunny side up, mahu terbeliak mata akak/abang/adik yang amik order tu. Kehkehkeh.
Cloudy with a chances of meatball. Ini pepatah. Pepatah biasa macam cloudy with a chances of storm. Cloudy with a chances of rain.
Belajar accent US. Beberapa perkataan english yang biasa sebut seharian atau biasa jumpa.
Masing-masing kena sebut dulu, macam-macam bunyi keluar dari mulut kitorang. Baru lah betulkan sebutan. Lawak betul bila macam-macam jawapan ada.
Sekali opismate aku dapat mesej kat skype dari project manager. 'Jangan main-main, buat kerja'.
Terus semua jenguk kat tingkap. Tak ada pun. Macam dah paham-paham jer perangai kitaorang. Terus aku buat kerja. Dah tengari baru nak mula kerja. Aku dari pagi sibuk mengcopy movie dan download.
3 soseh-soseh:
hehe..baru tau gak..
p/s : sori lama x brkunjung ke sini Ann..bz sikit
lepas nih aku nk order kt kedai, sunny side up satu..haha..
best3x..mende baru...i loikee....hihi..
slmt blaja BI ye ann...hihi...
p/s:aku pon same...blaja dr tadika, tk gak pandai2...uishhh....
bagus la, kongsi ilmu ngna kawan2..:)
Post a Comment