MLM

03 March 2011

Minggu lepas, aku terpaksa dengar talk oleh sebuah company ni. Aku tak ingat lah company apa. Macam mana aku terpaksa dengar? Aku dapat sms dari seorang budak ni kononnya nak tau pasal herbalife. Dah janji sekian masa dan tempat, aku pun datang lah. Janji kat FKE, UTM.

Bila sampai, aku terkejut ramai jugak orang. Aku pun tanya,

"Ada apa ni? Ada kelas ke?"

"Akak masuk lah dulu."

Aku pun masuklah. Sekali lagi aku tanya.

"Kitaorang nak dengar akak punya. Tapi akak dengar lah yang kitaorang dulu. Nanti kalo akak suka yang ni, akak join lah. Kalo kitorang suka yang akak punya, kitorang join akak punya."

Dalam hati aku tak pe. Dengar jer dulu walaupun dah rasa lain macam jer dengan budak tiga orang ni. Budak-budak ni dari fakulti pendidikan. Bakal cikgu.

Speaker dah masuk.

Dengar lah pasal produk ni dalam terpaksa. Aku tak suka cara berniaga macam ni. Taja orang, dapat komisen. Setiap tangga dah disetkan berapa komisen berapa ratus. Lagi banyak tangga, lagi banyak komisen dapat. Dah lah mahal lak tu nak join. Dalam RM 2000 lebih. Bayar..dapat produk lah. Produk tu elok kot sebab boleh ubati penyakit yang kronik macam diabetes dan kencing manis berdasarkan testimoni dan pernah keluar kat RTM.

Aku lagi tak suka bila budak tu kononnya nak dengar lah pasal aku punya produk tapi rupanya nak promote benda lain. Habis jer, aku salam dengan budak tiga orang tu, dan aku blahhhh terus. Geram! Aku langsung tak promote Herbalife kat dorang sebab geram (Aku tak lah desperate sangat sampai macam diorang). Aku ni geram jadi speechless sikit. Tapi aku sempat lah lepas geram kat budak yang mesej aku tu.

*Tak salah nak suruh orang datang dengar,tapi biar lah JUJUR. Cakap biar terang.

Artikel pasal MLM. Link 1, Link 2, Link 3.

9 soseh-soseh:

H Y D E March 3, 2011 at 1:31 AM  

ahh.. ini taktik sesetengah org yg buat MLM.. biaso la tue. nak bg ade prospek, n nak tunjukkan marketing diorang superior dr kite

Lan Bingka March 3, 2011 at 5:46 AM  

ni boleh buat angin satu badan..

daisy March 3, 2011 at 1:31 PM  

taktik kotor.ngee~

Dark Half March 3, 2011 at 10:30 PM  

taktik2 kotor camnilah buat aku tak penah rs nak join MLM. sorg dua buat hal, habes semua aku x caya...nmpak sgt aku bias kan?

Ann March 4, 2011 at 12:33 AM  

@hyde
mybe sbb ak dh agak tbuka kot psl MLM ni

@lan
tu ar beb...biar lah jujur.

@daisy
tak betul lah cara nk biz..

@dark
dulu pun ak cmtu gak..smp kwn2 ak promot ak wat dek jek. kalo ak join pun, sbb ak nk guna produk jer mcm HiGoat.

apaajanews March 4, 2011 at 12:41 AM  

MLM - Meniaga Larut Malam, sebab selalunya lepas ghatering group mlm akan lepak di kedai kopi sampai 2 3 pagi
apaajanews

theblabber. March 5, 2011 at 8:28 PM  

byk dah kan kes2 putus kawan pasal MLM ni.

Ann March 5, 2011 at 8:40 PM  

@the blabber
erm cara xbetul agknye...suka paksa org kot. ak pun jenis xsuka dpksa..lg kene pksa, lg ak xnk beli. so ak xwat cmtu kt org.

Soldadu merah March 5, 2011 at 10:24 PM  

MLM? aduh program pun scam....org yg promote pun lagi otai scam~

Regards,
Sir Marcello

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP