Kelemahan

22 March 2011

Aku bukannnya seorang yang sempurna. Banyak sangat kelemahan. Sebab tu lah aku perlukan kawan-kawan untuk beri nasihat supaya aku tak lupa dan alpa.

Dari zaman sekolah sampai la zaman universiti, ramai jer yang bagi nasihat. Aku tau kelemahan aku yang utama, aku seorang yang sangat tidak peka dan susah sangat nak bagi perhatian pada benda yang remeh temeh. Dulu pun ada member masa degree tegur supaya aku lebih alert tapi aku tak reti.

Ada yang tegur, aku sangat garang bila aku ajar orang sampai ada yang menangis-nangis.
Ada tegur cara aku pakai tudung pun.
Banyak kali broadband aku kena sekat gara-gara tak alert pasal bil.
Banyak lagi tapi tak yah la cakap semua.
Pendek kata aku bukannya baik sangat dan banyak sangat kelemahan.

Aku terima teguran semua orang secara baik jika tanpa perli-perli, sindir-sindir atau marah-marah. Dorang tegur demi kebaikan aku jugak. Sebab tu lah aku perlukan kawan-kawan untuk bagi nasihat. Malah aku sendiri pernah mintak yang tegur aku tu bantu aku supaya berubah.

Tapi bila dah berkawan bertahun-tahun dan aku sangat percaya tapi baru sekarang tau ada yang tak puas hati dengan sikap aku. Tu pun aku tau dari mulut orang lain. Aku sangat-sangat kecik hati.

Aku dah cakap kat diri, aku akan berubah.

4 soseh-soseh:

MOFASAD March 22, 2011 at 9:29 AM  

:)

[noriza] March 24, 2011 at 9:03 AM  

tp kamu antara sahabat yang terbaik pernah ku kenali...

Aku March 24, 2011 at 8:51 PM  

kita memang tak mampu nak puaskan hati semua orang..

Ann March 27, 2011 at 2:04 PM  

@mofasad
:D

@iza
huhu terharunya ko gelar aku sahabat..thanks iza :D

@daisy
yup we r not perfect :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP