Bapak Saudara

27 March 2011

Emak saudara aku, Mak Ni dengan suami dia datang ke rumah aku kelmarin. Makcik aku datang sebab nak beli produk Herbalife untuk turunkan berat badan selepas bersalin beberapa bulan lepas.

Suami makcik aku ni kiranya baru jer jadi ahli baru dalam keluarga aku. Sebelum dorang datang, aku konpius nak panggil suami makcik aku tu dengan panggilan apa.

Jadi aku sms emak aku nak hilangkan konpiusan aku ni.

Tak lama lepas tu, emak aku call.

"Budak-budak ni panggil Pok. Ana panggil Pok jer lah".

"Ah 'Pok'??? Buruknya panggil Pok. Panggil pakcik lah".

"Laaa...panggil 'Pok' la. Pakcik tu untuk orang luar".

Last-last aku panggil pakcik jer. Keras lidah aku nak sebut 'Pok'. Tua 3 tahun jer dari aku, aku panggil pakcik.

1 soseh-soseh:

Aujinz March 28, 2011 at 5:12 PM  

muahahhahaha..
Pok laaa plakkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP