Usaha lebih tapi ada pengorbanan

06 February 2011

Ada sebilangan orang bila masih belajar, sangat bertuah bila emak ayah siap boleh bagi kereta lagi. Emak ayah aku pun lom mampu bagi kereta secondhand. Tak yah susah-susah lagi spend money beli kereta lagi kan. Tak perlu nak berhutang selama 9 tahun.

Aku masa zaman belajar dulu. Setiap kali cuti semester selama 3bulan tu jika ada peluang (dah 3 kali)..since SPM, aku akan kerja cashier kat pasayaraya dekat dengan rumah aku ni. Kalo cuti sebulan jer, aku akan amik upah cabut kepala ikan bilis yang sebanyak 10-20 kg. Aku akan cuba siapkan selama 3 hari. Dalam sebulan, dapat lah lebih kurang seratus. Duit yuran (register), aku support sendiri since aku belajar kat matrikulasi. Yer lah, aku ramai adik.

Aku memang tak sia-siakan masa yang ada dengan duduk lepak kat rumah je. Aku pernah cuba cari duit tambahan dengan format computer kat kolej aku. Tapi bertahan satu semester jer, sebab sibuk.

Itu aku lah dengan usaha aku bila cuba bertahan bila belajar dulu. Sekarang, aku kerja sambil buat study partime, dan buat 2 bisness. Semalam aku chat dengan Naim waktu ni. Dia tanya aku, apa aku buat waktu ni? Aku tengah tunggu coding aku siap run. Dari waktu siang tadi aku buat benda alah ni.

Mujur lah aku belum kahwin. Banyak benda aku boleh buat. Macam mana dengan mereka yang dah kahwin, agak-agak sempat tak nak buat semua ni?

Dulu ayah aku berniaga dari pagi (kaki lima) sampai ke malam (kat pasar malam), kol 11 malam baru balik. Kadang-kadang berniaga sampai ke negeri lain sampai 2-3 hari. Apa boleh buat, nak cari duit lebih kena lah usaha lebih. Sekarang ni dah tua, ayah aku berniaga waktu malam je.Tapi ada pengorbanannya, kena lah korban masa dengan famili. Balik-balik jer, anak-anak dah tido kecuali aku lah. Dah nak wat macam mana, ayah aku belajar tak tinggi, bukan tak pandai sebab dulu famili dia susah. Jadi ayah aku pesan supaya aku belajar selagi ada peluang, jangan macam dia.


*Kutuk kerajaan bukan sebab malas, tapi bila asyik kena usaha, tambah lagi usaha bila beban bertambah, tambah lagi usaha tapi kemampuan pun ada limit jugak beb.

5 soseh-soseh:

Wanie-san February 6, 2011 at 2:55 AM  

suke entry ni!
nak sesuatu perlukan pengorbanan...
:)
ak plak keje part time saje nak cari duit utk shopping sbb xmoh mintk dgn ayah..so dpt ler beli utk diri sendiri apa barang yang nak dan suka..

yott February 6, 2011 at 6:21 AM  

mak dgn bapa sy pun didik kami adik beradik supaya berusaha sendiri kalau nak beli sesuatu benda...cnth dulu...ms sy nak bljr memandu...sy trpks keja part time...mmg ssh lahh..tp..benda tu rasa berbaloi dan kita hargai sgt2...sbb kita nak dpt tu terpaksa melakukan pengorbanan...

dan perkara2 mcm ni sedar atau tdk...ia sbnr nya mmatangkan diri kita...

NICK IRFAN February 6, 2011 at 2:16 PM  

hmm.. sedih plak baca tentang pergorbanaan ayah akak ni

Aujinz February 6, 2011 at 6:50 PM  

aku pun dah capek dah nie....huhuhuhu
hampir hampir terkorban...

Ann February 7, 2011 at 8:54 PM  

@wanie
tol tu...better cari duit sdiri dri mtk ngn ayah...lg puas shopping ngn hasil penat lelah kita hehe

@yott
that's right...bnda yg kita ssh dpt, kita lbh hrgai kan, ak pun xsuka sikap mak bapak yg ttlu manjakan anak2..nti anak tu jd malas usaha

@nick
biasalah parents kan..

@aujinz
bila smp satu tahap, kita mmg akan rasa penat..lg sakit bila byk lak prob yg dtg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP