Jodoh sejak Form 1

07 February 2011

 Semalam aku pergi kenduri budak sekolah aku dulu kat kampung. Aku pergi kenduri belah lelaki sebab satu kampung je. Belah perempuan jauh sikit. Dua-dua pun satu kelas dengan aku dulu sejak Form 1 sampai lah Form 3.

Memang ajaib lah jodoh ni. Aku cakap kat kawan aku yang perempuan lah, "Selama ni rupanya jodoh kau depan mata jer sejak Form 1 lagi".

Dia jawab, "Tu lah, buat penat je aku bercinta dengan orang jauh".

Tak best sungguh lepak dengan orang dah kahwin ni. Aku lepak dengan kawan aku, Lin dengan suaminya, Atan. Dua-dua satu sekolah, tapi lain-lain kelas lah. Kat sekolah dulu, mana bercinta pun.

Atan tanya aku, "Engkau dah kahwin belum?".
Aku jawab, "Belum lagi".
 "Ni ada lagi 3 kosong", Atan melawak sambil tunjuk 3 jari.
Aku dengan loyar buruk, "Mintak izin dulu dengan isteri kau". Lin ada kat sebelah aku je...hehe.

Kenduri kat Penang sebelum ni pun, aku berborak-borak lah dengan suami kawan aku, Zakri.

Kawan aku, Zu datang, " Korang buat apa ni?"
Zakri yang suka buat lawak, "Tengah tackle Ann ni". Zu ketawa jer, dah paham suami dia suka buat kelakar. Aduii sengal betul..mentang lah aku single lagi.

Aku sabar je lah. Si isteri pun sabar jer lah dengan suami bila buat lawak pasal ni.



7 soseh-soseh:

NICK IRFAN February 7, 2011 at 8:06 PM  

sian akak smoga jodoh akak sampai dlm msa terdekat... amin

Ann February 7, 2011 at 8:49 PM  

@nick
eh xde kecian2 hehe..anyway tq

HEMY February 8, 2011 at 10:41 AM  

tapi kalau mmg madu ngn kawan sndiri yg ikhlas pa salahnya..senang buat geng shoping sama2

Ann February 8, 2011 at 11:49 AM  

@hemy
xmo kgsi2..huhu

yott February 8, 2011 at 1:40 PM  

jdh ni ssh nak ckp...kdg2 kita igt dia ni..tp bkn lak..hurm

Fitrihadi.com February 8, 2011 at 2:37 PM  

hehehe kelakar ar mamat tu :)

Ann February 9, 2011 at 1:32 AM  

@yott
yg bcinta bagai nak rak, akhirnye ptus..tu yg letih..

@fitri
dorg mmg suka lawak...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP