Tulisan buruk. Tulisan doktor pun lagi cantik.

21 February 2011

Pernah tak korang kena bebel dengan mak ayah, cikgu, dan kawan pasal tulisan? Aku yer memang pernah.

Emak ayah.
Emak ayah aku kadang-kadang suka check buku sekolah aku. Terkejut diorang tengok tulisan aku bila aku upper form. Sebelum tu memang buruk tapi boleh baca lagi. Banyak kali nasihat kan aku suruh ubah tulisan, bahaya nanti bila exam atau ujian. Kata dorang, tulisan aku macam tulisan doktor. Disebabkan ini, aku pernah teringin jadi doktor.

Cikgu.
Cikgu Sejarah, BM, Biologi, Pendidikan Islam pernah bebel aku. Paling teruk kene bebel dengan Cikgu BM. Aku rasa 1 masa kena dengar. Dah lah dalam kelas, dia tuju kat aku sorang. Subjek Sejarah pulak, dari B3 naik ke A2 selepas aku jelaskan apa yang aku tulis sebab banyak cikgu Sejarah tak tanda point yang aku tulis pasal tak paham. Sudahnya dia datang kat aku, nasihat ubah tulisan.

Kawan-kawan
Disebabkan aku pernah kena bebel dalam kelas, ada sorang kawan aku ni, seat dia depan aku. Dia suruh aku ubah. Selalu check cara aku tulis. Misalnya aku tulis, 'v' jadi 'u','5' jadi 's', '4' jadi 'u', dia suruh aku baiki time tu jugak. Ada kawan yang lain kena tanda kertas biologi aku, dia nak bagi markah kosong sebab tak paham.

Pernah sekali kawan aku bukak buku BM aku, terkejut dia. Sekali dia jerit dalam kelas, "Cantik nya tulisan ko Ann". Hati aku dah berbunga-bunga masa tu. Aku memang cuba baiki. Hampir satu kelas kerumun nak tengok tulisan yang kawan aku puji tu. Aku pun nak tengok sekali lah tulisan mana dia puji. Sekali rupanya, "Tu tulisan adik aku lah." Semua hampa dengar kenyataan aku tu. Aku pun hampa jugak.

Aku suruh adik lelaki aku, Mizi, salin dari buku teks ke dalam buku nota aku bila balik kampung. Aku malas nak tulis. Tulisan dia memang cantik sangat. Tapi kalo tulis tu, lambat. Satu-satu dia tulis.

Sekarang ni, mujurlah apa-apa benda kena taip. Aku dah lama tak menulis panjang-panjang. Bayangkanlah, kalo blog ni kena menulis bukan menaip, confirm tak ada orang boleh baca tulisan aku.


6 soseh-soseh:

Aku February 21, 2011 at 3:14 PM  

tu namanya seni.
wakaka!!!

± February 21, 2011 at 8:06 PM  

kadang2 tu memang susah nak ubah kebiasaan kita kan?
aku penah terpengaruh dengan tulisan tangan kartunis Gayour suatu masa dulu. walaupun tulisan asal aku tak secantik mana, tapi minat punya pasal terus menjadik je aku tiru..huhu

Anonymous February 21, 2011 at 8:38 PM  

member kata tulisan kita cantik tapi takleh baca..sedih kan?

Aujinz February 22, 2011 at 12:22 AM  

hahahahha.. silap silap aku pun unfollow..koh koh koh

Ann February 22, 2011 at 12:41 AM  

@daisy
seni biasa org tertentu je yg phm..haha

@dark half
wah dasyat hang yer, minat punyer psl...smua mjadi..bgus2..jgn mcm aku, aku suka tgk tulisan cntik, tp mls nk tulis cntik2

@norakhtar
cantik itu seni bab kata daisy..hehe biar pedulik org kate pe

@aujinz
aku xslhkan hang unfollow blog aku..nti mental hang baca tulisan ak hehe

Soldadu merah February 22, 2011 at 1:14 AM  

dulu masa sekolah rendah..tulisan aku buruk..besar2...cikgu siap kutu...bila meningkat dewasa...makin kecik...sampai aku jer leh baca walaupun rabun~

Regards,
Sir Marcello

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP