Makin kecik

22 February 2011


Aku dari kecik boleh dikatakan memang suka makan. Boleh dikatakan hampir setiap kali aku makan, aku makan 2 pinggan nasi. Tapi pernah sekali masa aku sekolah menengah..form 3, aku bedal berpinggan-pinggan nasi. Lebih 4-5 kali kot. Tu pun aku berhenti selepas emak aku tegur suruh aku jangan makan lagi. Entah nafsu apa yang merasuk aku masa tu.

Mujur lah aku jenis susah nak gemuk (ikut gen ayah kot). Tapi tak kurus jugak. Berisi sikit lah. Masih ideal lah. Tapi aku tetap rasa aku gemuk. Nak kurus jugak. Tak nak berisi.

Minggu lepas ex-osmet aku tegur (berminggu-minggu tak jumpa), aku makin kecik. Nampak balance dengan ketinggian aku. Aku ni rendah cuma 151 cm je. Tu pun sebelum aku pakai braces, beberapa kali aku belasah McD 2kali seminggu. Dulu pernah aku tak makan McD hampir setahun, tak ada orang pun cakap aku makin kecik. Selepas pakai braces pun, ada masanya makan nasi pun 2 pinggan lagi. Kalau balik kampung, aku makan nasi pukul 7-8 malam (dah biasa ikut rutin makan kat JB), dan tengah malam aku makan nasi lagi. Ayah aku biasa balik pukul 11 malam (ni memang waktu makan malam kat kg), dan emak aku masak lagi masa tu. Tak tahan bau beb.

Aku tetap makan macam biasa je. Cuma setiap pagi aku amalkan herbalife. Tu je.Tengahari dan malam aku makan macam biasa.

* Setiap aku nak balik, adik-adik aku mesej aku sama ada kat FB atau sms, suruh aku bawak balik makanan. Kuat betul korang makan.


1 soseh-soseh:

Soldadu merah February 22, 2011 at 1:12 AM  

mak ai 151cm? kecik giler hang ropanya~

Regards,
Sir Marcello

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP