Review: Taare Zameen Par

22 February 2011

Sebut 3 idiots, tentu ramai yang dah tahu kan. Tapi kali ini, aku bukan nak tulis pasal 3 idiots. Aku nak tulis lagi sebuah filem Amir Khan yang bertajuk 'Taare Zameen Par' atau dalam bahasa omputihnya 'Stars on Earth'. Filem ini sangat terkesan dari segi emosi. Memang tersentuh ar.

Bagi sesiapa yang dah bosan dengan cerita hindustan yang sarat dengan adegan cintan-cintun dan penuh dengan lagu, aku suggestkan kat korang untuk tonton filem ini. Langsung tak ada adegan cinta tau. Filem ni menekan nilai-nilai moral antara cikgu dan anak murid, ibu bapa dengan anak dan hubungan antara kawan.


Sinopsisnya secara ringkas. Ishaan seorang budak berumur 8 tahun tidak suka ke sekolah dan gagal setiap kali exam atau ujian. Jadi ibu bapa Ishaan ini hantar ke sekolah asrama dengan harapan anak mereka akan berubah. Namun dengan tanpa kenal pasti masalah sebenar Ishaan, masalah Ishaan semakin teruk sehinggakan selalu jadi bahan bualan antara cikgu.

Kemudian, Ram (Amir Khan) seorang cikgu seni datang ke sekolah ini. Ram dapati Ishaan langsung tidak mahu melukis bila disuruh. Setelah disiasat, Ram dapati rupanya Ishaan mempunyai penyakit iaitu dyslexia yang sukar untuk kenal pasti huruf dan menyebabkan dia ada masalah membaca dan menulis. Sebab tu lah perkembangannya agak lembap berbanding dengan budak seusia mereka. Sebenarnya, Ishaan mempunyai bakat dalam seni lukis yang melampaui budak seusianya malah mungkin lebih hebat dari orang dewasa.

Ram meminta kebenaran dari pengetua untuk mengajar Ishaan secara personal untuk baiki menulis dan membaca. Akhirnya, bila pertandingan melukis diadakan di sekolah..semua student termasuk cikgu terlibat sebagai peserta, Ishaan menjadi juara dan ibu bapa Ishaan yang dulunya kecewa dengan Ishaan dan tak dapat terima penyakit Ishaan akhirnya kagum dengan kebolehan anak mereka. Ishaan kini sudah menjadi kanak-kanak yang ceria. (Panjang lah pulak..dah nak wat macam mana, cerita hindustan kan panjang, sipnopsis pun kena panjang jugak)


Rupanya dari filem ini, baru lah aku tahu ramai genius yang jadi lagenda hari ini seperti Albert Eistein, Newton. Mozart, Beethoven yang pekak dan beberapa orang lain tidak pandai pada awalnya sebab ada penyakit seperti Ishaan. Tak mustahil kita yang lahir dengan sihat jadi sehebat mereka. Yang penting, kenal pasti dulu apa kehebatan kita sebenarnya.

*Engineering bapak susah. Subjek lain aku tak berapa pandai kecuali Mathematic. Sampaikan kawan-kawan yang dapat anugerah dekan tanya aku yang tak pernah dapat dekan ni pasal Maths. Aku pernah beberapa kali fikir, macam tersilap ambil bidang lak.

7 soseh-soseh:

rafina mimi abdullah February 22, 2011 at 1:07 PM  

anak sulong saya menghidap autistik lebih kurang mcm disleksia juga..

Ifti Larina February 23, 2011 at 7:08 AM  

oh macam menarik. umm penghidap disleksia mmg byk kekurangan berbanding manusia normal tapi kalau d asah bakat boleh lebih hebat dr yg normal

Lan Bingka February 23, 2011 at 7:50 AM  

bagus la kalau takde cintan2.. nyanyi2 ada tak? kalau ada, makan 3 jam gak tu..

zuhimi February 23, 2011 at 7:56 AM  

wah, mesti tengok ni :)

Ann February 23, 2011 at 11:28 AM  

@mrs sabri
kalo kene cara, anak2 mcm ni blh jd lbh hebat dr org normal

@ifti
betul...pykit ni lgsung xde kene mgena tahap IQ.

@lan
rasenya 1-2 lagu jer kot...

@izuhi
tgk lah..lain dr yg len

tomatokering February 23, 2011 at 6:56 PM  

macam best ! ;D

[noriza] February 25, 2011 at 8:23 AM  

aku pernah tengok. memang best! cite amir khan memang bes la lately nih...hensem lak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP