Ketika keje kilang

11 February 2011

Selepas habis belajar dulu, dua minggu jugak aku mencari kerja. Aku banyak mintak kat area Pahang. Pernah dapat interview kat Selangor. Budak junior lah bagi nama aku kat company tu. Company tu kepunyaan pakcik kepada kawan budak junior tu. Aku tolak tapi aku terharu lah apa yang budak junior tu buat. Aku tak minat kerja kat sana sebab utamanya aku tak suka traffic jam. Tak sesuai dengan aku yang asal dari kampung ni.

Alhamdulillah, lebih kurang selepas 2 minggu, aku dapat kerja kilang kimia kat Kuantan. Orang-orang atasan dia memang orang Jepun lah. Pertama kali aku datang interview, beberapa staf Jepun yang berbincang kat luar office, tunduk-tunduk sedikit. Pertama kali lah jumpa orang Jepun, punya teruja perasaan tu. Aku ni peminat drama dan kartun Jepun sejak kecik lagi. Apa-apa pasal Jepun, aku memang excited betul lah.

Dapat lah kerja situ. Aku nak practice cakap Jepun, tapi segan. Sebab orang-orang Jepun ni aku tengok punya serius. Tapi cuma sorang tu suka senyum kat aku.

Tapi beberapa word jer aku tau. Huhu..belajar bahasa Jepun baru Level 1. 'Kuruma', 'onee-chan', 'chotto-matte','arigato'..lagi aku dah lupa lah. Nak buat ayat, lagi tak reti.

Jadi dengan beraninya, "Ohayo gozaimasu". Perasaan aku masa tu dah berbunga-bunga. Yess, akhirnya aku berjaya practice cakap Jepun.

*Dah lama niat nak sambung Level 2 lak, tapi sampai sekarang tak kesampaian. Mana lah tau kot-kot berguna nak melancong ke Jepun nanti kan. Tak ada lah guna bahasa isyarat je.

9 soseh-soseh:

Azuan February 11, 2011 at 3:44 PM  

minat jugak drama jepun...ekeke

Unknown February 11, 2011 at 4:15 PM  

msti rasa mcm tinggal kat jepun kan? sbb byk jepun.. hehe

Lan Bingka February 11, 2011 at 4:43 PM  

dah 2-3 minggu dok layan citer jepun..sampai terlupa nak update blog..;p

Ann February 11, 2011 at 9:40 PM  

@azuan
mmg tak pernah bosan kan

@nick
xla ramai..xsmp 10 org pun

@lan
citer pe hang dok layan smp 2-3mggu tu? jgn lupa blog dah la

H Y D E February 12, 2011 at 1:04 AM  

oh.. tuan punya blog ni suka j-dorama sama japanese culture eh?.. bagus2... 1 kapla

Ann February 12, 2011 at 1:40 AM  

@hyde
haha ye ke? kita geng..suka culture, jdrama, lagu pun suka gak lah, bhasa n technologi

Aujinz February 12, 2011 at 10:19 AM  

aku pun suka belajar bahasa jepun..
tapi, takde member nak prektis.. koh koh koh

H Y D E February 13, 2011 at 12:33 AM  

@ann

chantekkk :)

Ann February 14, 2011 at 2:21 PM  

@aujinz
meh hang practice ngn ak

@hyde
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP