Boikot Keliru Identiti

12 February 2011

Aku tengok 'Tanya lah Ustaz'. Ustaz kali ini ustaz Zamri. Tajuk tentang 'Keliru Identiti'.

Ada perkara yang baru aku tahu. Rupanya hukumnya ialah haram bila tengok golongan ni melainkan ada keperluan atau urusan. Contoh, 'Handsomenya dia ni'. 'Cantik jugak dia ni'. . Dah lah bila terserempak golongan macam ni, lagi lah aku nak tengok. Rupanya tak boleh.

Dulu, pernah dalam pawagam, depan aku berderet mak nyah. Aku asyik tengok jer diorang. Tapi sebenarnya diorang lelaki.  Saje nak tengok cantik ke tidak. Ada breast ke tidak. Ada halkum ke tidak. Seksi ke tidak. Memang lagha sungguh.

Pernah jugak terlihat pengkid dengan awek dia kat cafe dalam kampus. Hati aku terdetik, "Handsome jugak".  Rupanya haram.

Satu lagi, duduk serumah pun tak boleh dengan golongan ini. Kena boikot golongan ini. Bukan Ustaz Zamri yang kata, tapi Rasulullah s.a.w yang kata.

Pernah suatu ketika baginda berada di dalam rumah Ummu Salamah, baginda terdengar seorang mukhannah ( mak nyah) berkata kepada adik Ummu Salamah: "Sekiranya Allah memberi kemenangan kepada kamu ke atas Taif esok, nescaya aku akan tunjukkan kepadamu anak perempuan Ghailan, yang bila dilihat dari hadapan ( badannya) berbelang empat dan bila dilihat dari belakang (badannya) berbelang lapan." Mendengar kata- kata itu, Nabi s.a.w berkata: " Halau mereka (mak nyah) keluar dari rumah kamu." (al- Bukhari, no:5887 dan 6834).

Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w. pernah didatangi oleh seorang mak nyah yang menginaikan tangan serta kakinya, lalu baginda memerintahkan individu tersebut dibuang ke Daerah An- Naqi'( sebuah kawasan pedalaman di mana aktiviti jual beli kambing dijalankan)." Dalam hadis itu, si sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Bukankah lebih baik dibunuh sahaja?" Nabi s.a.w menjawab:"Sesungguhnya aku dilarang membunuh orang yang bersolat."(Riwayat Abu Daud, No. 4928.)

Tindakan buang daerah seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w itu turut dilakukan oleh Khalifah Umar al- Khattab r.a terhadap beberapa individu mak nyah dan pengkid di zaman pemerintahannya. (Zalmimazura Zahari, 2009:24).


Sumber hadis dari akubukanyangterbaik.blogspot.com.

8 soseh-soseh:

Unknown February 12, 2011 at 3:07 AM  

eh! zaman nabi dulu pun ada golongan maknyah rupanya

± February 12, 2011 at 3:10 AM  

"... bila dilihat dari hadapan ( badannya) berbelang empat dan bila dilihat dari belakang (badannya) berbelang lapan."

anyone care to explain?

jejaka anggun February 12, 2011 at 10:45 AM  

so lepas nih apakah golongan mak nyah perlu pakai hijab atau kita yg kena butakan mata?

Ann February 12, 2011 at 12:02 PM  

@nick
tu ar br tau gak

@darkhalf
ak pun xphm ayat tu

@JA
mcm kita dgn golongan blainan jtina ngn kita..kene tundukkan pdgan

makwe joni February 12, 2011 at 2:26 PM  

pehh!!! bagus share menda nih

Unknown February 12, 2011 at 7:49 PM  

kdg2 ksian jgk kat dorg ni? hope dorg golongan mcm ni segera berubah...

miszes ugly February 13, 2011 at 9:05 PM  

zaman sekarnag
macam macam
maknyahh la.apelah
hmmm :(

Ann February 14, 2011 at 2:20 PM  

@citah
ak br tau..tu yg nk kgsi.

@nick
mmg kecian pun, tp dorg xkecian kt diri dorg pun

@ugly
zmn nabi pun de mak nyah gak rupenya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP