Buruk rupa. Tak nak telan.

25 February 2011

Ingat tak buku teks Kemahiran Hidup bagi kursus ERT (ekonomi rumah tangga) ada resipi simple-simple jer? Masa form 3 aku amik subjek ni lah. Dalam buku tu ada resipi yang simple tapi nampak sedap, jadi aku teringin nak cuba.

Sepatutnya guna oven tapi aku masak atas dapur gas. Tak ada oven. Aku guna bekas yang nak buat kuih bakar.

Siap dengan semua bahan-bahannya. Adik-adik aku dalam 3 orang yang kecik-kecik lagi setia menunggu kakak dia masak kat tepi aku. Aku pun tak sabar.

Aku tuang bahan-bahan yang dah siap diadun ke dalam bekas yang tengah panas. Cepat betul adunan tu masak. Resultnya, sangat buruk rupa kuih yang aku buat tu. Macam serupa permukaan bulan dah. Berkawah-kawah.

"Akak nak buang lah kuih ni. Tak jadi.".
"Jangan buang........"
"Ahhh! Nak makan ke? Tak yah lah....buruk sangat rupanya"

Adik-adik aku tu cubit-cubit  sorang sikit dan makan.

"Sedap ke?"
"Sedap.....nak cuba?"

Aku geleng-geleng kepala tanda 'tak nak'. Tapi diorang berjaya habiskan. Aku tertanya-tanya gak, "Betul-betul sedap ke?"

Bukan boleh dikira sangat dengan budak-budak. Duit syiling pun boleh telan.

5 soseh-soseh:

jejaka anggun February 25, 2011 at 2:53 AM  

pandainyer buat kuih.....

[noriza] February 25, 2011 at 8:19 AM  

kuih ape tu ann. rajinnye ko try. aku tak pernah try pon :P

NICK IRFAN February 25, 2011 at 12:03 PM  

eh! kuih apa plak tu?

zerotech February 25, 2011 at 7:57 PM  

rajin buat kuih...
kuih apa ek berkawah-kawah ni??

alongv6 February 26, 2011 at 12:41 AM  

banyaknye kuih,bak sikit laparni,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP