Banjir dulu dan sekarang

01 February 2011


Aku agak risau ni. Sepatutnya lusa aku akan balik ke kampung iaitu Kuantan. Bas aku lalu ikut Segamat. Dengan keadaan kat Segamat yang tengah banjir teruk, sampaikan ada yang seorang mangsa hanyut dengan kereta sekali bila nak drive ke Kerantong, Pahang..tak silap aku lah. Kalo dah dengan kereta sekali hanyut, maknanya banjir kat situ sangat teruk. Bas walaupun tak hanyut, enjin bas boleh jam kot kalo lalu.

Dulu masa tahun 2007, aku terpaksa tunggu syarikat bas aku yang naik bagi green light bila bas boleh lalu. Sepatutnya hari aku nak balik tu, bas tak boleh lalu. Tapi tak sangka lak, banjir. Aku tunggu kat UTM sorang-sorang. Mati kutu aku. Bosan giler. Kawan-kawan semua dah balik. Kalo lah aku balik lagi awal.................... Tapi saje nak lepak dengan kawan dulu. Sekali kawan balik lagi awal dari aku.

Moga-moga kali ni, kejadian lama takkan berulang lagi...............

Bila waktu banjir, budak-budak paling seronok. Aku dulu pun macam tu jugak. Bayangkan lah keliling banjir (setakat paras lutut je), tapi rumah aku agak tinggi, jadi tak tenggelam. Aku dengan adik-adik aku yang 2-3orang lagi mandi kat luar rumah dengan hujan tengah turun. Heaven lah. Aku tak pernah lah mandi dalam air banjir. Geli ar. Ayah aku mesti tak bagi lah. Dia pun jenis stok geli-geli macam aku.

Tapi sekarang, tak ada dah syok-syok ni. Aku nak banjir surut cepat supaya aku dapat lepak kat rumah selama 4 hari. 

3 soseh-soseh:

Lan Bingka February 2, 2011 at 7:57 AM  

semoga selamat tiba..

Aujinz February 2, 2011 at 10:36 AM  

doakan moga banjir cepat surut..

banjir nie ape yang sronoknye kannn...

Ann February 2, 2011 at 4:18 PM  

@lan
thanks :)

@aujinz
amiin...mudah2an..tu la, xseronok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP