Review : Filem Khurafat

30 January 2011

Semalam aku dengan 2 orang lagi kawan pergi tengok wayang. Biasa tengok wayang kat Jusco Tebrau, tapi kali ni kat taman Universiti sebab kitaorang keluar agak lewat.

Kitaorang pilih Khurafat sebab tak ada cerita lain yang menarik. Jadi terpaksalah jika nak dipendekkan cerita. Sebenarnya aku tak pernah layan filem atau drama Shamsul Yusuf dari awal hingga akhir. Aku tak minat sangat lakonan dia yang tak ubah seperti kayu.

Jadi dalam filem ini, sekali lagi lakonan dia mengecewakan..tak berkesan langsung. Aku rasa dia kena belajar berlakon dengan pegang watak-watak sampingan dulu, bukannya terus pegang watak utama. Sedangkan si Sam Saheizy yang dah berlakon dari kecik pun, baru sekarang lakonan dia... orang respek.

Tapi aku tak nafikan lah, adegan-adegan seram dalam filem ini menjadi, aku sendiri pun tutup sebelah mata aku dan cuba menahan diri dari menjerit..sebab kalo tengok kat rumah, sure aku yang pling bising. Hantu tu pon aku tak tau rupanye macam mana sebab tak berani aku nak tatap. Member aku cakap, macam rupa Anna (Sabrina ali). Kalo ada orang tatap muka hantu tu tanpa menutup sebelah mata, aku memang respek lah.

Kesimpulannya, cerita kira ok lah sebab adegan seram dia best, tapi nak harapkan jalan cerita, agak lemah lah. Dan bagi aku, Shamsul lebih layak mengarah jer lah. 


8 soseh-soseh:

HEMY January 30, 2011 at 10:38 PM  

dia ckap dia nk try jadi p ramlee..serba boleh. buat filem dan lakonkan sendiri..

yott January 30, 2011 at 11:50 PM  

belum brksmptn tgk film ni..but ramai gak yg kata..seram dia menjadi..

Lan Bingka January 31, 2011 at 11:02 AM  

hari tu nak tengok, sekali penuh la..

aLieF si Muncung ManiS January 31, 2011 at 11:20 AM  

waaa...best nye...amacam awk...agak2 awk nak bagi rating brapa kat fileem ni??per 10..nnti boleh saya tgok gak..insyaAllah..hehe..btw,awk,,jgn lupa singgah,terjah dan follow blog saya yg baru saya buat..newblogger..jgn lupa follow..huhu..my link-->
http://aliefcmoi.blogspot.com/

Rina Rossoneri January 31, 2011 at 12:16 PM  

hahahaha memang pun syamsul tu xpandai berlakon..dia berlakon dgn top actress,liyana jasmay,berbeza bila liyana berdialog dgn syamsul berdialong...

Sir Marcello January 31, 2011 at 7:47 PM  

aku saspek dia ikut abah dia...terer arah filem...

Ann January 31, 2011 at 8:56 PM  

@hemy
bgus cita2 besar, tp kene byk blaja lg bab acting tu

@yott
mmg jd sgt seramnye...

@lan
aritu pun separuh gak penuh wpun dh bbrp mgu ditygkan..

@alief
dari 10, bagi 5.5..ni pun kuat sbb efek seram dia best

@rossoneri
liyana jasmay tu pon dh blakon dr kecik lg...

@sir marcello
dr mana tumpahya kuah kalo xkenasi

aLieF si Muncung ManiS January 31, 2011 at 10:28 PM  

seram ek??

[http://aliefcmoi.blogspot.com/]

ok..plan weekend ni nak gi tgok..beres..hehe..-->

[http://aliefcmoi.blogspot.com/]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP