Kenangan dengan MirC

17 January 2011

Internet zaman 90 an dengan zaman sekarang memang jauh berbeza. Dulu mana kenal lagi YM, Friendster dan yang tengah meletup-letup sekarang ni Twitter dan Facebook. Aku memang tak reti guna Twitter, agaknya aku dah tua kot dah tak se'advanced' budak-budak muda sekarang.

Dulu sebelum YM, aku guna MiRC untuk chatting. Aku rasa zaman ni lagi seronok walaupun takda videocall/audio call dan apa lagi webcam. Aku kenal MiRC masa kat SBP, dek kerana kawan-kawan lah.

Kitaorang ada kelas komputer waktu malam. Kelas buat Web. Cikgu dari luar diupah untuk mengajar. Cikgu ni agak-agak gila lah dan sporting. Dalam kelas, lepas siapkan kerja (ye ye je)..terus login MiRC. Aku suka masuk room MRSM sebab aku SBP (motif??). Siyes, aku rasa aku memang addict giler dengan MiRC ni. Macam sekarang ni ramai yang addict dengan Facebook.

 Paling tak lupa, kenangan aku dengan MiRC ni dengan cikgu komputer aku. Siyes aku tak tahupun aku tengah chat dengan cikgu aku tu. Tak salah aku id cikgu tu, *AllStar*. Bila aku tahu dari kawan2 aku (dorang pun terkena), yang *AllStar* tu cikgu aku, aku memang bengang.

Jadi aku  nak kenakan cikgu aku ni, aku buat macam biasa je. Masa tengah chat tu, konon-konon aku luahkan kat *AllStar* yang aku tak suka cikgu komputer aku tu. Aku memang kondemlah (kondem biasa-biasa je..hanya rekaan) cikgu aku tu kat *AllStar*.

Sekali..masa ni belum habis lagi chat dengan *allstar*, tiba-tiba cikgu aku tu bangun..dia dah boleh agak aku dah tahu identiti *allStar* tu,

"Jom balik kelas". Cikgu aku tu pandang aku siap sengih-sengih lagi. Aku dalam hati terpaksa tahan ketawa tahu, rasa nak pecah tahan gelak. Tu lah padan muka. Kacau lagi student.

*Nasib baik cikgu tu tak berdendam dengan aku.



9 soseh-soseh:

Ummi AmnaAmzar January 17, 2011 at 11:49 AM  

hehe...mcm2 kenangan intenet nikan...

hanie January 17, 2011 at 12:12 PM  

hahaha..kann..
mcm2 penangan MiRC ni..haihh

yott January 17, 2011 at 2:17 PM  

haha...laen kali kena tgk line clear tak Ann..hehe

Ann January 17, 2011 at 3:03 PM  

@ummi
mcm2..yg best n xbest

@hani
rindu lak nk MiRC'ing

@yott
hehe line mmg clear, pasal dh mtk kebenaran dulu.......

Unknown January 17, 2011 at 7:07 PM  

mirc? ada lagi x skrg ni??? eh! sian cikgu AllaStar tu.. hehe

Aujinz January 17, 2011 at 11:05 PM  

samelah ngan aku..
dulu aku suka masuk channel KAMPUNG kot.. kalau tak silap..
banyak channel aku masuk sampai ada yang ban aku.. koh koh koh...

Lan Bingka January 18, 2011 at 8:37 AM  

penah gak cuba layan sekali dua, tapi tak minat..huhu

Mr. Asada January 19, 2011 at 12:28 PM  

adeh, cikgu sporting pun kena jugak.. hahaha..

saya ada sorang kawan dari mirc yang sampai skrg masih contact. huhu.. enjoy gak mirc, leh tukar id hari2. dulu pemes id 'danial'. hahaha..

Unknown January 3, 2015 at 1:21 PM  

aku rindu sgt dgn zaman irc ni...semua kwn2 dari KL, KEDAH, PERLIS & JB aku dah lost kontek dgn diorg....bestnye zmn tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP