Lelaki dayus

14 January 2011

 Gambar sekadar hiasan

Tak lama dulu, aku dengan famili aku berbuka puasa di padang depan masjid besar Kuantan. Memang best ar berbuka kat situ pasal meriah. Sebelum tu, kitaorang cari makanan kat gerai-gerai yang berdekatan.

Kitaorang ni terserempak lah dengan kawan (perempuan) sekerja adik aku yang berkerja kat hotel masa cari makan.

Dah jumpa port untuk berbuka, sambil menunggu...adik aku buka lah cerita pasal kawan perempuan yang baru terserempak tadi. Kata dia, kawan dia tu ditaja oleh sugar daddy dan mengherankan, kawan dia tu dah bersuami. Yang lagi mengherankan, suami tu tau dan tak kisah pun.

Aku pun tanya lah, pesen soalan aku macam orang belum kenal dunia luar. Adik aku pun tensen weh dengan soalan aku ni tapi dia jawab jugak lah dengan sabar.

"Ala Ana, biasa lah laki tu nak duit. zaman sekarang ni kan semuanya perlukan duit" 

Itu baru sorang. Ada je lagi macam tu kat hotel adik aku tu. Yang si perempuan tu lak kenapa lah bodoh sangat mengikut kata-kata suami, kalo sama naik dengan suami tu semata-mata nak duit...tak tahu nak cakap apa lah. Memang sesuai lah.

Pendek kata, sebelum kahwin tu, jika si lelaki tu pun mintak duit topup dari si perempuan, nasihat aku ...tinggalkan aje lah. Sah-sah dia tu tak mampu nak sara anak isteri selepas kahwin nanti. Tak pasal-pasal nanti kalo si isteri tu cun, disuruhnya pasang sugar daddy. Kerana kasihkan suami dan tak mahu berpisah, kamu sebagai perempuan ikut jer lah kan konon-konon isteri mithali. Tu kalo cun. Kalo tak cun, mahu perah keringat si isteri tu nanti habis-habisan.



*Sempat lagi mengumpat sebelum berbuka. Kurang pahala puasa.


4 soseh-soseh:

Unknown January 14, 2011 at 1:44 PM  

mmg ada org mcm ni Ann..
dosa tlk tepi..kesenangan di dunia ni yg dikjr..
mintak2 lah dijauhkan..

Unknown January 14, 2011 at 7:24 PM  

adoi.. ape nk jd la dorg ni? kurang didikan agama ni

Aujinz January 15, 2011 at 10:55 AM  

Aku doa semoga aku tak macam tue..

Lan Bingka January 16, 2011 at 10:15 AM  

tak penah buka puasa kat padang.. kena cuba ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP