Bosan dengan PRK

27 January 2011

Baru-baru ini aku ada baca kat blog Obe, dan aku setuju dengan apa yang ditulis walaupun ditulis dalam bentuk lawak. PRK tak sudah-sudah diadakan bila YB yang telah dipilih sebelum ini meninggal. Sepatutnya, calon-calon yang dipilih mesti diletakkan syarat, mesti sihat tubuh badan dan wajib buat medical check up. *Memanglah kematian tu tak dapat dielakkan*.

Kos nak buat pilihanraya tu bukannya sedikit tapi menelan kos yang banyak. Pilihanraya kat Malaysia ni dah jadi macam pesta. Dah pesta kan, macam-macam masalah lain akan timbul macam persekitaran yang kotor disebabkan poster-poster yang ditampal bersepah-sepah dan traffic jam. Member aku, Iza pun ada beberapa kali menceritakan keadaan di Tenang. Dia orang Segamat.

Tunjukkanlah debate kat TV atau kat Radio tempatan (aku rasa ini lebih sesuai bagi pilihan raya kecil). Kat US dan UK, dah lama praktik pasal ini. Negara kita demokrasi. Konon nak ikut US kan, dah yang baik tu, ambil lah dan laksana kan. Jadi semua calon dapat pertahankan manifesto dan prinsip-prinsip masing-masing. Kita pun senang buat pilihan.Tak perlu pun nak berkempen ke sana ke mari. Masa dan kos pun jimat. Alam sekitar pun terjaga. Kalo bab hiburan barat, nak pulak ikut sangat.





Video yang menunjukkan debat diamalkan sejak Zaman John F. Kennedy.

Kita bila lagi?

*Sape bertanding, sape yang menang dan kalah, malas dah nak amik tau.

3 soseh-soseh:

Lan Bingka January 27, 2011 at 10:25 AM  

calon yg sihat tu penting, baru boleh berkhidmat dgn baik..

Aujinz January 27, 2011 at 12:41 PM  

betulll.. lain kali letak syarat macam tue..

itu pun penting.. kalau yb asik sakit jer.. macam mane nak berkhidmat..

Ann January 27, 2011 at 1:38 PM  

@lan
yer betul...xlah asyik amik MC jer kan.

@aujinz
nk pergi jumpe rakyat pun semput..cmner nk bantu kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP