Rimas

17 December 2010

Akhirnya, ada jugak member aku yang faham betapa rimasnya aku. Asal ada je lelaki single...mesti sebut-sebut nama aku. Aku tahu dan terharu sebab ada yang risau, tapi bila dah selalu sangat, rasa rimas tu datang jugak.  Tapi janganlah sampai Doktor yang dari berumur 40an pun, sebut nama aku jugak. Takkan semua main terima je. Aku malas nak cakap, sebab tak nak ada yang terasa hati.

Bukan aku tak nak kahwin, mesti lah nak kan..nanti tak pasal-pasal nabi taknak mengaku aku umat dia, sebab tolak sunnah dia.  Pendek kata, jodoh belum datang.

Macam lecturer aku cakap, kalo dah bukan jodoh, ada jer benda yang tak kena. Benda yang kecik pun boleh jadi besar, ada je benda yang kita tak suka. Tapi kalo dah jodoh, benda yang besar pun boleh jadi kecik.

Dah macam-macam orang aku kenal. Ada yang pendiam, sampai aku pun jadi diam. Selalu call tapi banyak diam. Nasib baik bukan kredit aku. Ada yang banyak cakap, sampai penat aku dengar. Kalo dah bukan jodoh, memang ada je benda yang tak kena. Dari cerita sorang member aku, bekas rakan sekerja dia tak jumpa-jumpa jodoh masa kerja dalam company yang sama. Bila dah keluar dari company tu, akhirnya jumpa dan kahwin. Pendek kata, maybe jodoh aku ada dimana-mana.

Maybe jugak aku kurang berusaha dan berdoa. Kawan-kawan aku yang dah kahwin, sebelum diorang berumur 20 tahun lagi...dah berdoa. Aku?? Aku malas nak berdoa sebab rasa dah gatal nak kahwin pulak masa tu. Sekarang ni aku dah amalkan lah. Pernah kawan aku bagi nasihat, kita tak tahu allah swt makbulkan doa kita yang keberapa....maybe yang ke-100,atau ke-1000, sebab tu, kena doa dari sekarang dan banyakkan doa.

Aku ada satu sifat dari dulu susah nak ubah, aku paling malas sms. Handphone pun jarang lekat dengan aku. Mesti boring berkawan dengan aku.

Aku geli jiwang-jiwang ni. Ada yang kata pemikiran aku macam dia masa zaman sekolah menengah dulu. Maybe sebenarnya aku belum bersedia. Wahuallam.


 


8 soseh-soseh:

Fitrihadi December 17, 2010 at 3:27 AM  

takpe.. jangan paksa diri.. bila sampai masanya nanti ada ar yang berkenan di hati :)

Fara FarSha December 17, 2010 at 7:42 AM  

ann, bile smpi ums ni, baru kite tau, ramai lg lecturer P yg tak kawen ann, umur sume dah over 30, tp pelik jgk, relaks je diorg ni..so, jgn tension2 k, mmg kene tggu jodoh..usaha dan berdoa kene teruskan..

SDS December 17, 2010 at 8:14 AM  

sme la kte...x mnt jiwang2 nih...:D

Lan Bingka December 17, 2010 at 8:27 AM  

sms yg selalu tidak dibalas memang buat orang kecik hati..;)

tapi kalau dah tak minat, macam tu la kaedahnya..hehe

Aujinz December 17, 2010 at 5:06 PM  

nasib baik aku tak SMS si Ann nie..

Sir Marcello December 18, 2010 at 7:22 AM  

rilek2 sudey...maksu aku umur nak masuk 30an baru dapat jodoh....tue pun setelah berkelana ke negeri kenyalang...huhuhu

yott December 20, 2010 at 2:59 PM  

don't worry Ann..tiba masanya suatu hari nnt bertemu si dia teman hidup

Ann December 20, 2010 at 8:23 PM  

@fitri
harp2 cmtu lah....hope jmpe yg berkenan

@fara
jiran aku ramai yg over 30...over 40 pun de,yup ak cuba usahakan

@sds
tu la...xreti nk bls

@lan
ngn smua org mmg mls nk sms...xkira pom or laki...
tp tu la, mesti ramai yg kecik ati kan

@aujinz
kalo hang suka sms, aku mmg out lah dr taste hang

@marcelo
tu la...kita xtau jodoh kita kt mane..mase kita tgh cari dia, sbnrnye dia pun tgh cri kita

@yott
hrp2 cmtu lah....ssh hidup single nni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP