Real Madrid Malu Besar

01 December 2010

Barcelona belasah Real Madrid 5-0. Tak sangka Real Madrid akan dimalukan sebegitu rupa. Ronaldo selaku pemain termahal dunia pun dah macam cicak berak kapur. Aku ingatkan persaingan sengit la pasal Jose Morinho dah jadi jurulatih Real Madrid.

Barcelona main passing bola je. Cool betul diorang main.

Aku lihat Barcelona makin hebat lah. Minggu lepas Barcelona belasah 8-0. Pasukan apa ntah. Sebelum tu pun, Barcelona menang. Banyak jugak goal.

Mantap. Tak ada pulak goal kalo ni dari Lionel Messi. Perlawanan sebelum ni, banyak goal dari dia.

Goals : Hernandez Xavi 10′, Pedro Rodriguez 18′, David Villa 55′, David Villa 58′, Jeffren Suarez 90′

Highlight Barcelona vs Real Madrid.

*Semua game Barcelona pukul 4 pagi.

1 soseh-soseh:

Lan Bingka December 1, 2010 at 5:48 PM  

sebelum ni diorang menang 8-0 ngan almeria..

memang tak sia2 bangun tengok el-clasico pagi semalam.. barca seakan dibarisi ahli2 silap mata tersohor. mourinho pula kebingungan di tepi padang..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP