Nak jadi 26

07 December 2010

Emak aku pernah cakap, aku dah 26 tapi tak macam 26. Tapi macam mana aku nak jadi 26 bila.........

Aku suka tidur atas sofa kat ruang tamu. Selalu sebelum tidur tak berselimut. Esok bila bangun jer, tengok-tengok aku dah berselimut. Mesti emak aku ni.

Bila adik aku beli motor Lagenda, aku cakap lah nanti aku nak pinjam. Tiba-tiba emak aku cakap kat adik aku, jangan bagi pinjam. Nanti aku jatuh. Sebab motor tu berat. Bila aku tanya, "Emak ni selalu je tak percaya kat saya, kenapa?". Jawab emak aku, "Bukan apa, emak tengok Ana ni lembik." Aduiii see, emak aku layan aku macam budak padahal aku dah ada lesen penuh.

Bila aku cakap nak makan lambat, emak aku cepat-cepat suruh adik aku letakkan nasi untuk aku. Risau nasi habis lah tu.

Bila aku demam jer, tak de selera. Bila aku cakap aku lapar, cepat-cepat emak aku isi penuh satu pnggan nasi dengan lauk. Akhirnya, aku makan satu suap jer. Tak sampai hati, tapi...........

Sampai sekarang, bila aku call emak aku, emak aku selalu risau nanti kredit aku habis kalo cakap lama. Aku dah banyak kali cakap, jangan risau kredit banyak lagi. Tapi macam tu lagi lah.

Macam mana aku nak jadi 26 bila emak aku layan aku tak macam 26?

8 soseh-soseh:

yott December 7, 2010 at 8:51 PM  

Ann anak sulong ker..
selalu emak syng anak sulong, tngh dgn bongsu..tu emak sy laa..hehe..:)

Lan Bingka December 7, 2010 at 10:00 PM  

cakap je "mak nak kawin.."
terus mak ann layan macam 26..hehe

Unknown December 8, 2010 at 6:15 AM  

wah! mak akak mmg caring! untung akak... hehe

[noriza] December 8, 2010 at 9:54 AM  

kenapa?

kerana kamu seorang perempuan.
jadi kamu harus dilayan selayaknya. :)

seorang perempuan takkan bisa jadi seperti lelaki,
walau nalurimu menidakkan rasa halus wanita dihatimu,
kamu tetap wanita dimata ibumu.

ibumu lebih mengerti,
pandangan ibu sangat teliti,
kamu bakal bergelar isteri,
kepada lelaki yang dipanggil suami.


kelak kamu akan mengerti
mengapa ibu melayanmu begini,
rasa anak ingin dimanja

kerna,
semakin kamu bertambah usia,
semakin jauh akan terasa,
kelak kau akan dibawa pergi,
akan jarang dapat dimanja lagi


maaf-tak pandai berkata-kata,
harap makna dapat dicerna ^_^

MR.Z December 8, 2010 at 8:24 PM  

kadang2 umur pun tak boleh menggambarkan personaliti kita. :)

Ann December 9, 2010 at 12:15 AM  

@yott
yup ank sulung :)

@lan
ermm mak aku mmg suh ak kawen pun...hehe

@iza
mane2 mak pn mmg cmtu:)

@iza
wah terharu kot..siap ngn puisi lg hang komen n3 ak ni...hehe ingin dimanja..mesti lah..

@mr z
ermm tu la psl..rase always 20 hehe

jejaka anggun December 9, 2010 at 1:16 AM  

cube jadik dlm sepuluh cakap satu nombor....

Sir Marcello December 11, 2010 at 11:10 PM  

mak hang sayang lebih kot :)

p/s: tabiat aku dari kecik..suka tidur kat sofa..miyahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP