Naik Kenderaan Menyeksakan

15 November 2010

2-3 minggu lepas, aku ke KL dengan bas Ekspress. Entah kenapa naik bas kali tu, aku rasa mabuk-mabuk (bukan mabuk tu yer). Padahal dah lama aku tak rasa macam tu.

Zaman sekolah dulu, setiap kali cuti nak balik Kuantan...terpaksa naik bas Ekspress selama 6-7 jam. Pengalaman masa tu sangat menyeksakan. Aku wajib bawak bekal plastik jika terbluek. Memang segan sangat dengan orang sebelah.

Pernah aku terbluek dalam bas tambang. Dengan famili masa ni. Ayah aku terpaksa bayar ganti rugi RM 50. Nasib baik tak teruk kena bebel. Dah tahu kot perangai aku.

Pernah terbluek sebaik sahaja aku turun dari teksi. Betul-betul depan rumah kawan aku. Dah la masa ni ada kenduri kahwen kat rumah kawan aku tu. Malu beb. Kawan aku tolong basuh baju aku.

Pernah terbluek masa awal tahun ni. Baru balik dari kenduri kawan aku. Nasib baik ada plastik. Tapi segan lak dengan member-member lain. Dalam kereta masa tu.

Punca yang aku kenal pasti: Aircond. Jalan yang bengkang-bengkok. Tak boleh baca. SMS... pun tak boleh.

Pernah sepanjang malam aku  terbluek sampai pagi. Sebab...naik teksi masa siang tu dengan kawan-kawan. Akibatnya pinggang aku sakit selama seminggu. Tu pun selepas jumpa doktor baru ok.

*Nanti aku nak beli kereta, aku kena pastikan yang aku boleh serasi dengan air-cond kereta tu.


5 soseh-soseh:

yott November 15, 2010 at 5:57 PM  

sama laa..jln bengkang bengkok mmg bole buat sy mabuk dan rasa nak muntah..

Aujinz November 15, 2010 at 10:25 PM  

try laa bawak bekal limau bila naik kenderaan ber aircond..

Unknown November 16, 2010 at 8:36 AM  

eh! mcm tu plak ke? sy ok je cuma x boleh naik motor klu naik motor tumpang kwn berhenti je msti muntah... hehe

Aku November 16, 2010 at 10:18 AM  

aku pernah naik bas yang sepanjang perjalanan ada bau toilet.perghhh
seksa!!

Lan Bingka November 16, 2010 at 10:20 AM  

cuba makan asam...mungkin akan kurang sikit mabuk..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP