Kenangan botak

02 November 2010

Emak ayah aku banyak kali bagitahu aku masa kecik-kecik dulu.... kepala aku botak sampai usia aku kira-kira 2 tahun. Tak ada rambut pun. Begitu jugak, aku tak pandai berjalan lagi masa tu. Asyik jatuh jer kalo cuba berjalan.

Gila lambat perkembangan aku masa kecik dulu.

Satu hari kat kampung (4-5 tahun yang lepas), arwah nenek aku tunjuk gambar aku masa aku berusia 2 tahun. Dengan rambut botak dan duduk atas kerusi roda yang bulat tu untuk budak-budak.

Dalam hati aku, tak comelnya aku masa kecik dulu. Dah lah dengan baju gaun plak tu. Serupa macam lelaki.

Tapi serius aku terharu, tak sangka arwah nenek aku masih simpan gambar aku masa kecik-kecik dulu. Emak ayah aku tak ada pun simpan. Tu kali pertama kali aku lihat gambar masa kecik dulu.

Kata arwah nenek aku, "Ana yang paling pelik antara adik-beradik". Selalu aku dengar ayat tu dari emak ayah aku jer. Inilah kali pertama dia bercerita.

Walaupun aku tak rapat dengan arwah nenek aku sebab jarang balik kampung, waktu dia meninggal memang aku terasa sebak. Siapa yang tak sayang nenek kan?

9 soseh-soseh:

yott November 2, 2010 at 1:00 PM  

atuk dgn nenek mmg suka simpan gambar cucu2 dia masa kecik..lps tu bila kita dah besar dia akan tunjuk balik gambar tu, "haa..tgk..ko dulu mcm ni..mcm tu.." haha

MOFASAD November 2, 2010 at 1:23 PM  

:)

gambar baru botak tak?

heh!

Aujinz November 2, 2010 at 2:09 PM  

nak tengok gambo..
nak tengok..nak tengok...

h a n i e November 2, 2010 at 2:32 PM  

hehehe...biasa la time kecik2..same la kita..
kalau tgk balik..dh la comot..mcm jantan..muka sebijik mcm budak cina! hahaha :P

Ann November 2, 2010 at 2:48 PM  

@yott
tak sgka kan...dh berzaman, rupenya msih tersimpan wpun dh uzur...

@mofasad
smp tukang gunting pun bebel nk potong rambut aku..byk sgt

@aujinz
alaa arwah nenek ak terus smpn...segan lah mtk saudara lain carikan...

@hani
tp ak tgk budak2 len comel2 jer...ish jeles aku tau..haha

sebelas November 3, 2010 at 12:24 AM  

seksinya botak tu :D

sebelas November 3, 2010 at 12:24 AM  

seksinya botak tu :D

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o November 3, 2010 at 11:45 AM  

alfatihah untuk neneknya..tapi sekarang awak cantikkan

Sir Marcello November 6, 2010 at 7:08 PM  

...tapi bila dah besar...luar biasa perkembangannya..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP