Kat Terminal Kuantan

24 November 2010

Tak ingat tahun bila. Masa ni aku dengan member nak balik ke Johor. So mak bapak kitaorang hantar sampai ke terminal kat kuantan tu.

Dari dalam bas aku perhatikan mak bapak kitaorang. Bagi aku pelik lah. Tak tahu lah pelik bagi orang lain ke tak kan.

Ayah aku berborak sakan dengan emak member aku. Siap bergelak ketawa lagi. Ayah aku ni jenis serius lagipun. Rasa kelakar bila tengok ayah aku macam tu. Pelik sebab biasanya emak-emak atau bapak-bapak lah berborak. Ini emak member aku dengan ayah aku. Macam sweet jer. Macam ngam lak.

Ayah member aku dan emak aku tak berborak sangat.

Tak lama lepas tu, emak member jenguk-jenguk ke dalam bas. Lepas tu ayah aku. Aku nampak diorang  cakap-cakap dengan driver bas. Rasa pelik pulak. Lepas tu, emak member aku dan ayah aku datang la kat kitaorng. Entah apa diorang pesan kat kitorang. Aku lupa dah.

Emak aku dengan ayah member aku relax jer kat luar. Tak ke pelik tu. Biasanya emak yang akan lebih risau dari ayah.

Sampai ke hari ni, memang tersenyum lah bila ingat-ingat.

4 soseh-soseh:

Fara FarSha November 24, 2010 at 10:56 AM  

tak paham la ann motip citer ni..haha

Ann November 24, 2010 at 11:10 AM  

@fara
ak terigt jer..tu psl tulis..xphm xpe..hehe

Sir Marcello November 24, 2010 at 8:57 PM  

gua tak faham gak...tpi nampak cam mak kawan hang tue cam kenal jer ngan ayah hang~

Ann November 25, 2010 at 12:50 AM  

@marcello
xla...1st time jumpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP