Pertemuan aku dengan polis trafik
09 October 2010
Tadi aku baca blog ni pasal suami orang. Ok aku nak cerita pengalaman aku lah. Tahun 2008.
Masa tu roadblock kat tempat aku tinggal ni on the way aku balik dari lab. Aku ditahan sebab buat kesalahan jalan raya (jangan tanya hehe). Jadi polis trafik yang bertugas masa tu soal siasat aku. Banyak lah sebenarnya dia tanya sambil membebel tapi apa yang aku ingat lah,
"Rumah kat mana?"
"Emak ayah kerja mana?" (apa sebab dia tanya..aku yang buat salah bukan diorang)
"Kerja ke study?"
"Amik course apa?"
"Bila habis?"
Last sekali dia mintak no telefon. Masa tu aku dah cuak sangat, dan tu pengalaman pertama aku, jadi aku bagi je walaupun rasa pelik. Tapi aku lihat dia tulis atas kertas kosong.
Dia cakap , aku akan terima surat saman selepas seminggu. Lepas tu dia lepaskan aku pergi.
Kira seminggu selepas tu, aku dapat call dia. Cuak lah kan, ingatkan dapat saman.
Dia :"Ada dapat surat tak?"
Aku"Ada hantar ke? Takde terima pun."
Rupanya takde pun surat saman, saje jer nak main-mainkan aku. Sejak tu dia selalu call or sms aku. Selalu waktu siang...jarang-jarang waktu malam.
Sebenarnya aku tak suka orang ganggu aku waktu kerja. Waktu kerja ialah untuk waktu kerja. Aku selalu bagitahu jangan contact aku waktu siang, waktu malam jer boleh.
Sampai satu tahap aku dah banyak kali marah. Aku memang macam ni, aku marah jer kalo orang tak paham-paham apa aku cakap. Kadang-kadang aku saje tak balas sms or angkat call.Jadi aku memang garang.
Last dia call aku, bila aku tanya dia, dah kahwen ke belum. Dia cakap belum tapi jawapan dia tak meyakinkan langsung. Tu lah last dia call aku. Maybe dia serba salah kot menipu. Aku bersyukur lah kalo dia betul-betul dah kawen, sebab tu yang sepatutnya dia buat. Lagipun macam 30-an jer, probability dia suami orang agak besar.
Sebenarnya aku pernah dapat bayangan dia ada isteri dan anak. Dan cara dia suka call aku waktu siang pun, dah boleh agak. Orang dah kahwin kan bz dengan isteri dan anak-anak waktu malam.
***************
Aku berborak dengan kawan baik aku dalam telepon pasal ni. Member aku komen pasal aku tak suka dia contact aku waktu kerja.
Member :"Komited betul ang dengan kerja". Dia gelak jer.
ps: Mujur tak kena saman.
9 soseh-soseh:
weewwiiittttt
nasib baik Ann x lyn..bgs2
@mofasad
pewittttt
@yott
takut nk lyn..nti tsangkut lak...
susah juga jadi orang cantik ni kan
huhu..ada gak cara usha line macam tu ek..direct sungguh..ekekekeke
@brutal
taklah...selekeh jer
@hemy
direct ke tu? igt betul2 dpt saman..
ekekeke huh! dia nk ngorat akak rupanya... hehe
@nick
xmo la laki org..
kenapa org dah kawen hanya bz waktu malam? hah itu yang kita yang bujang xtahu...kakaka
Post a Comment