Persediaan isteri

10 October 2010

Aku tak faham betul kenapa ada lelaki yang dah bergelar suami mencari yang lain? Sebenarnya ada beberapa kawan aku terlibat dengan hal ni. Ada yang tak sedar masa bercinta tu, rupanya bercinta dengan lelaki orang. (Aku pernah tulis kisah ni dalam blog masa awal-awal dulu).

Bila aku baca buku Abu Saif aka Ustaz Hasrizal, punca benda ni ialah JEMU.

Hanya JEMU??? Kadangkala sebab ni boleh hancurkan rumahtangga yang telah terbina sekian lama.

Ada seorang kenalan (lelaki) kepada mak aku bagitahu... kalo lelaki lain ditempat ayah aku..mungkin dah lama tinggalkan isteri dan anak-anak dan cari perempuan yang lebih cantik dan muda. Emak aku pernah lumpuh. Anak-anak pulak ramai. Mujur ayah aku bukan macam tu.

Apa persedian buat para isteri jika jadi perkara macam ni?

Dari awal lagi, kumpul lah harta dan seelok-eloknya biarlah tanpa pengetahuan suami. Jika isteri berduit, berpangkat dan berharta lebih tinggi dari suami, jangan sekali-kali menjadi penjamin bagi suami. Bimbang jadi apa-apa dikemudian hari. Tak pasal-pasal diri sendiri yang sakit, sudahlah kehilangan suami...tak pasal-pasal menanggung beban kewangan yang berat.

Misalnya rumah atau kereta, jika si isteri yang membayar ansuran pinjaman, biarlah harta tersebut atas nama isteri. Walaupun sayang, isteri kena bijak lah untuk menghadapi perkara-perkara seperti ni.

Nasihat buat diri sendiri jugak. Lelaki yang kita kenal hari ini maybe sangat-sangat baik, tapi kita tak tahu mungkin dia berubah di kemudian hari. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan hati manusia.



9 soseh-soseh:

Aujinz October 10, 2010 at 10:29 PM  

Itu yang sebaiknya..

Mohd Naim October 11, 2010 at 7:46 AM  

mana aci, bayar sama2..pakai sama2..tapi nak nama sorang..kalau bayar sorang2 xpe lah...

Ann October 11, 2010 at 10:37 AM  

@aujinz
hehe tq

@naim
wat 2 nama kalo byr sama2...

WOLFMAN October 11, 2010 at 6:25 PM  

bagus ayah kau.
tabah betul.

tehr October 11, 2010 at 8:57 PM  

isteri memang disediakan hak2nya yang cukup sempurna
Allah tidak zalim
cuma, kebanyakan mereka tidak tahu, tidak mahu ambil tahu, hanya selalu bermain dengan air mata

harap2 kesedaran isteri tentang hak mereka akan semakin bertambah

Ann October 13, 2010 at 4:44 PM  

@is
yup mmg tabah

@tehr
ramai yg tak tahu..ni yg mrugikan para isteri bila xtahu hak2 diorg dan sng tertindas

Sir Marcello October 16, 2010 at 8:29 PM  

berahsia dengan suami dibenarkan ke?
tapi tue lah...elok buat simpanan sendiri..jangan terlalu bergantung....

Ann October 18, 2010 at 4:13 PM  

@marcello
suami xde hak atas harta isteri kecuali ngn keizinan isteri..jd perlukan beritahu suami lg ke?

botak October 20, 2010 at 9:07 PM  

kak..
x pyh kawin laa..
haha senang x pyh pk pasal lelaki..
kita ni mmg ade 1 nafsu..tp kadang2 mcm mengalahkan org perempuan lah pulak.org lelaki mmg cepat berubah hati..so akak mesti lebih berjaga2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP