Perfect Match

29 October 2010

Ada rancangan kat NTV7 kini jadi rancangan faveret kepada aku dan osmet-osmet lain. Tajuknya 'Perfect Match'. Aku cerita skit lah rancangan ni bagi sesiapa yang belum tahu.

Rancangan ini tentang pencarian jodoh. Terdapat 24 orang wanita dan seorang lelaki akan datang untuk memilih pasangan dari 24 orang wanita terbabit. Setiap calon wanita diberikan lampu. Jika lampu masih menyala, bermakna peluang untuk lelaki tu masih terbuka. Jika lampu padam, peluang untuk lelaki terbabit dah tertutup. Sebelum bermula, lelaki itu akan memilih dulu calon, tetapi semua calon wanita tak tahu siapa pilihan lelaki terbabit. Lelaki akan diberikan sebanyak 3 soalan. Setelah diberikan 3 soalan, jika ada lampu masih meyala, lelaki tu pulak berpeluang memilih calon dari kalangan calon yang masih menyalakan lampu. Jika semua lampu dipadamkan, lelaki itu akan pergi meninggalkan pentas. Terdapat penasihat yang membantu semua calon untuk membuat pilihan.

Episod semalam sangat menarik. Ada calon lelaki yang sifatnya lemah lembut (kurang maskulin) dan bekerja sebagai pendandan rambut. Terlebih dahulu lelaki ni memilih calon dulu sebelum mula. Memang terkejut sebab calon perempuan yang dipilih dress up macam lelaki, brutal dan macam tomboi...calon-calon lain punya lah cantik dan seksi. Selepas 3 soalan, terdapat kira-kira 6 orang perempuan masih menyalakan lampu. Lelaki terbabit kena memilih hanya 2 orang calon dari 6 orang calon tu untuk dibawa kehadapan. Then, calon yang mula-mula dipilih oleh lelaki tersebut kena keluar ke hadapan jugak (calon ni dah padam lampu).

Tapi lelaki tu mengambil risiko untuk tetap pilih calon yang dia  mula-mula pilih(kemungkinan lelaki ni akan ditolak oleh perempuan terbabit). Kalo dia pilih pasangan dari 2 calon yang tak padamkan lampu, dia boleh bawak terus pergi. Taste lelaki tu memang suka perempuan brutal lah. 2 calon yang lain lagi cantik dan feminin..yang tu jugak dia pilih.

Perempuan tomboi tu pun terkejut dia jadi pilihan..sangat tak sangka. Komen perempuan tu, "Terasa seperti di awang-awangan". Kelakar betul perempuan ni.

Rasa sweet nya lelaki ni. Nampak sangat lelaki ni pilih bukan berdasarkan rupa paras.Bagus betul! Memang sangat sesuai lah. Sorang lelaki lembut dan sorang lagi perempuan brutal.

*Eh jap, pasangan aku nanti lelaki lembut jugak ke? Ermmmmmmmm..........

ps: Osmet aku: "Kak Ann, update lah pasal Perfect Match ni kat blog". Haha..dah selesai.

7 soseh-soseh:

Mohd Naim October 29, 2010 at 11:44 AM  

ada org kata..pasangan nie kira macam pelengkap kita lah...macam tangan kiri dan tangan kanan...kalau ada satu je..mmg boleh buat kerja..tapi tak lengkaplah...

Azuan October 29, 2010 at 12:22 PM  

rancngan realiti ke..macam3 daa..hohoo

Anonymous October 29, 2010 at 2:59 PM  

Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

Wanie-san October 29, 2010 at 10:41 PM  

hehehe
kalau gitu pasangan aku mesti pendiam!ah camno ni??hehe

darkbatman October 30, 2010 at 4:14 PM  

aie xtau pun.. mcm menarik jer? bleh tgk nanti

NomborSebelas November 1, 2010 at 11:43 AM  

nie version cari jodoh alaf baru ke..hohohoh

Aujinz November 2, 2010 at 2:16 PM  

nampak sangat aku dah lama tak tengok TV..koh koh koh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP