Percaya

22 October 2010

Percaya. Aku seorang yang mudah percaya kat orang. Entah kenapa. Maybe sebab aku tak suka fikir terlalu complicated. Leceh. Menyusahkan hidup kalo hidup kita asyik hendak buruk sangka dengan orang.

Disebabkan sifat aku yang ni, ayah aku dengan adik lelaki aku, pernah tegur perangai aku yang satu ni. Aku mudah percaya kat orang lain.

Pernah aku bagi pinjam motor kat kawan aku di johor selama beberapa bulan. Masa tu aku dah grad dan balik Kuantan. Ayah aku dan adik aku banyak kali nasihat suruh bawak motor bawak balik. Aku cakap "Takpe, kawan saya tu baik." Tak sudah-sudah aku cakap kawan aku tu baik. Tapi kata diorang hati manusia ni kita tak tahu. Tapi biasa lah aku ni degil. Bukannya nak makan nasihat.

Macam tu jugak dengan gaji aku. Selama 2-3 bulan aku tak tuntut dari lecturer aku. Aku biarkan dulu. Bila ayah tanya, bila nak tuntut. Aku cakap nanti lah dulu. Aku cakap Lecturer tu baik sangat. Tak de nya nak makan duit orang. Tapi ayah aku tak sudah-sudah nasihat aku. "Sekarang ni, ye lah dia baik...kemudian nanti, kita tak tahu."

Erm tu bila aku percaya.

Tapi bila dah hilang kepercayaan. So sorry, susahlah aku nak percaya semula.

Pernah kawan aku cakap nak pinjam moto aku dulu. Aku dah pesan jangan bawak sampai ke JB. Setakat Skudai no hal. Kebetulan hari yang sama, aku dengan kawan-kawan yang lain jalan-jalan kat JB. Sekali terserempak dengan kawan aku tu dengan boyfriend dia kat JB. Aku tak lah marah dia time tu. Sebab aku tak reti nak marah orang. Aku lebih suka mendiamkan diri. Tapi sejak tu, setiap kali dia nak pinjam, aku akan bagi alasan. Aku nak guna.

Lelaki? Aku lagi tak percaya. Ini kategori lain. He must win my trust first.


9 soseh-soseh:

Unknown October 22, 2010 at 2:49 PM  

btol tu kak manusia boleh berubah2....

Aujinz October 22, 2010 at 3:46 PM  

percayalaaaaaaaaaaaa....

tak penah bagi kawan pinjam moto..
bukan ape..diorang suka merempitttt..

yott October 22, 2010 at 5:13 PM  

bila kepercayaan dikhianati mmg ssh nak percaya lagi..

Wanie-san October 22, 2010 at 11:05 PM  

wa...ni mesti ada kes tak percaya lelaki.
tapi betul.sejak dah terkena denga lelaki mmg aku pun dah tak percaya lelaki. pandai berjanji tapi mungkiri.
ko mmg jenis xsuka pikir complicated kan?sama la.xsuka serabut2 tapi aku xmudah percaya org.hehe

Ann October 23, 2010 at 2:50 AM  

@nick
ermm sush nk buang rasa percya tu

@aujinz
haha kalo ak pon, ak xbg...tp mujur kwn2 aku de yg merempit

@yott
ssh nk pulih. or xlgsung

@wanie
taklah..pglman org sekeliling wat diri ni takut....adik lelaki sdiri pun cerita cmner prgai org laki ni..kalo tol2 syg xpe, yg jenis amik ksmpatan tu? bhya lah..kene ati2
laki yg bek xramai kt dunia ni..xmcm org pom...pom bek bersepah2..

SHM October 23, 2010 at 7:02 AM  

mmg bgs percayakan orang. tp kene simpan sedikit ketidakpercayaan terhadap seseorang sbb zaman sekarang susah nak cari org yg betul2 honest rite?

Mr. Asada October 23, 2010 at 3:52 PM  

yeah.. manusia boleh saja berubah bila-bila masa.. cuma kalau manusia tu berubah jadi ultraman, itu tipu.. hanya watak dalam lakonan saja..

Mr. Asada October 23, 2010 at 3:52 PM  

hbs tu apa jadi dgn motor yg d pinjam berbulan2?

duit gaji kat lecture tu dpt ke tidak? err..

Ann October 23, 2010 at 4:06 PM  

@sds
yeah betul..mcm2 org zmn skng ni, tp ramai kawan2 aku baik2...alhamdulillah

@asada
tak logik lah jd ultraman tu..hehe
ermm bawak balik jugakk la moto tu slps asyik kene bebel jer...
gaji pun dpt lah..dh byk kali wat cmtu..tak nah jd apepun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP