Minat melukis

23 October 2010

Sebahagian dari diri aku minat melukis sebenarnya. Macam mana tumbuh minat ni? Kira-kira umur aku 6-7 tahun, tiba-tiba ayah aku bawak balik kertas lukisan dan pensel warna pada suatu petang. Ayah aku pun terus ajar aku melukis sewaktu bagi kedua-dua benda tu.

Sejak tu, aku aku selalu melukis. Waktu sekolah rendah, aku selalu masuk pertandingan melukis peringkat sekolah mahupun peringkat daerah Kuantan. Hanya aku seorang dalam kelas yang volunteer diri nak join bila ada cikgu warwarkan. Cikgu lukisan aku waktu sekolah menengah pun selalu bagi tips bila datang berborak dengan aku. Entah kenapa. Maybe dia nampak minat aku kot.

Aku pernah simpan impian bila aku masuk Tingkatan 4, aku nak amik subjek lukisan. Subjek lukisan boleh dikatakan cikgu kat situ memang ajar dengan serius. Tapi bila dapat tawaran masuk ke sbp, minat aku terhenti macam tu. Tak ada subjek seni. Tak ada suasana yang boleh aku cambahkan minat aku tu.

Disebabkan minat aku ni, ada kawan-kawan dari sekolah rendah sampai menengah puji lukisan aku. Dapat cemuhan pun pernah.Ada sorang budak lelaki kelas aku sanggup datang dekat nak tengok aku melukis setiap kali kelas lukisan. Padahal bukannya rapat pun. Adik-adik pulak selalu ambik kesempatan dengan mintak siapkan lukisan diorang. Takpe tak kisah pun.

Setelah 5-6 tahun kot, aku cuba melukis kembali. Waktu aku tahun 4 kat Uni. Kertas lukisan aku tampal kat dinding. Sewaktu tu, minat aku tu datang kembali bila aku tinggal dapat bilik seorang dalam apartmen kat kolej.  Ada coursemate terkejut tengok lukisan aku. Tak sangka aku boleh melukis dan minat. Ye lah lagipun aku ni brutal. Tu kot paling tak sangka.

Seriously jika dapat kembali ke masa lalu, aku akan takkan berhenti pada minat aku ni. Aku akan belajar dan terus belajar teknik melukis. Banyak lagi kelemahan.

Aku terpikir untuk menulis pasal ni bila aku baca blog CursingMalay. Sangat elok jika dapat gunakan kedua-dua belah otak untuk mengembangkan otak. Taklah aku asyik guna sebelah jer kan.

Nanti bila aku ada anak pun, aku nak dia terlibat dengan aktiviti lain selain belajar je. Biar berkembang sikit.


2 soseh-soseh:

Mr. Asada October 23, 2010 at 3:48 PM  

woaaa.. hebat la. siap punya impian nak anak nti terlibat dgn aktiviti lain selain belajar..

mana lukisan ann lukis? kongsi-kongsi jugak la dalam ni..

Ann October 23, 2010 at 3:52 PM  

@asada
hehe setiap org mesti dh de impian utk anak2 msing wpun lom kawen kan..
dh lame bhenti lah..kdg2 jer terkenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP