Merasa jugak

07 October 2010

Aku cari blok ni tapi aku was-was betul ke blok ni. Sampai aku tanya orang yang lalu tadi. Member-member aku tau ni, mesti kena perli..cakap aku dah curang dengan fakulti tempat aku menuntut ilmu dulu.

Sebelum  masuk kelas, gugup sangat lah. Gugup dengan macam mana reaksi budak-budak kelas tu.

Masuk jer, aku buat muka serius. Tanya pasal assignment yang lecturer dah bagi sebelum ni, dah siap ke belum. Rupanya belum siap. Baru nak buat soalan 1. Ok takper, aku bagi peluang suruh diorang siapkan dalam kelas tadi, tapi minggu depan diorang kena present programming and result kat aku.


Mujur lah budak-budak ni dengar cakap. Baik-baik jer. Ok lah ramai jugak yang suka bertanya sebab tak faham. Kalo diorang buat dek jer dan buat kerja lain, aku pun tak tahu nak buat apa sebab masing-masing dah besar..tak perlu nak dilayan lagi macam budak sekolah. Dari meja-ke meja aku pantau. Dah amanah lecturer aku, kena make sure diorang smua buat kerja.

Tadi Grammar aku pun dah ke laut, lantaklah..janji diorang paham apa yang aku cuba sampaikan. Kena cakap omputih pasal ada foreigner. Ikutkan hati ni malas.

ps: Take over kelas jap pasal lectrer pergi kursus sampai minggu depan. Seronok juga mengajar sebab baik-baik jer budak nyer.


2 soseh-soseh:

HEMY October 7, 2010 at 2:56 PM  

fuh..tutor la ni kira

Ann October 7, 2010 at 3:38 PM  

@hemy
eh dok lah....lom layak lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP