Komputer berbunyi

07 October 2010

Aku berborak dengan kawan aku malam semalam pasal perihal komputer dia rosak. Monior gelap je lah. Cpu berbunyi. Dia duk cerita apa yang berlaku dalam lab dia semalam. Tergelak aku dengar dia cerita.

********

Siang semalam member aku YM aku..bagitahu komputer member aku tu berbunyi. Nak tahu lah macam mana nak baiki.

Ok. Aku pun bagitahu " Ada dua cara nak baiki. Gosok RAM dengan kertas (untuk bersihkan cas), cara kedua...clearkan BIOS. Buat cara pertama dulu, kalo tak ok baru guna cara kedua".

Then semua yang ada lab member aku tu: "Fuyooooo kak Ann".

Member aku jawab "Tu lah gunanya ada kawan SEC". 

Mujur guna cara pertama dah ok. Leceh lak nak explain cara kedua kat YM ni.

Yang kelakarnya, ada yang tanya, guna kertas pasir ke. Ada yang jawab "Kak Ann cakap kertas...kertas lah". Aku rasa kalo guna kertas pasir, alamak boleh rosak kot RAM tu.

Kecoh satu lab pasal komputer berbunyi je.

**************

Aku : "Senang jer kan".

Member "Tapi kita tak tahu".



1 soseh-soseh:

Bit Zamri October 7, 2010 at 7:32 PM  

ihihihih~ bunyi yg macam mana tuh??? hik3..
ooo begitu rupanya...
lap2 je kat RAM dah okay..
tp sy xtau RAM yg mana satu..hak3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP