Emas

18 October 2010

Kat rumah aku sekarang ni, boleh dikatakan antara topik paling glamer ialah emas. Al-maklumlah ada yang bakal bertunang dan berkahwin.

Sebut pasal emas ni, dari dulu aku tak berminat langsung. Orang lain riuh berborak pasal emas, aku malas nak involve. Erm tu baru dengar topik pasal emas.

Pakai? Tak ada sebentuk or seutas emas pun yang aku pakai. Emak aku pernah nak bagi tapi aku tolak.

Emak aku suka lah emas. Yang boleh layan emak aku berborak dan siap temankan emak aku beli emas, adik lelaki aku yang kerja chef tu (dia keras beb). Dialah peneman setia. Aku lak terconggok kat rumah. Kalo dia cakap pasal emas, boleh tercenggang aku. Aku tak tahu emas pun ada pelbagai jenis (MASA TU).

Aku mula amik tahu pasal emas ni, hujung tahun lepas. Tu pun sebab nak melabur. Bulan lepas, aku mintak ayah aku tolong beli dinar emas, tapi stok dah habis. Entah bila nak ada. Kecewa!

Aku tak minat nak pakai, tak semestinya aku tak nak emas. Simpan pun boleh kan... buat harta. Jadi no chance lah pada bakal (insyaallah kalo ada). Tak kira nak jugak.

ps: Cincin lelaki lebih mahal dari perempuan. Pokai eh!

8 soseh-soseh:

yott October 18, 2010 at 6:19 PM  

ada org x bole pakai rantai emas nnt leher gatal2..x tau nape jd mcm tu

Ann October 18, 2010 at 8:08 PM  

@yott
ade cmpuran lain kot....

Aujinz October 19, 2010 at 12:50 AM  

minat ngan emas buat harta jer..
tapi malangnye..

satu pun takde..koh koh koh

Ann October 19, 2010 at 1:03 AM  

@aujinz
aku nk beli dinar jer...yg len XMO..kalo nk beri, ak terima jer ngn tgn tbuka..kihkih

jejaka anggun October 19, 2010 at 7:14 AM  

lip lap lip lap emas dia....

Aku October 19, 2010 at 1:34 PM  

aku pun tak suka pakai emas.
terasa diri ini seperti mokcik-mokcik.he..he..

Ann October 19, 2010 at 5:01 PM  

@JA
hnye dlm pic jer...

@daisy
sama lah..rase cm makcik2 gak..hehe

botak October 20, 2010 at 8:57 PM  

beli kak jgn tak beli..
latest aku tny kedai emas..
harga dan naik gila2 ni..
916 RM148 per gram..
999 RM160 per gram..
haduih mcm mana laa aku nak kawin nanti ye agaknya..
pening kepala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP