Sendiri

28 September 2010

Dari dulu ramai member ingat aku ni bukan anak sulung. Malah ada yang ingat aku nak bongsu. Bila aku cakap aku anak sulung, ada member-member masa kat asrama dulu mati-mati tak nak percaya aku anak sulung malah ada yang cakap aku TIPU. Susah ker nak percaya???

Baru beberapa hari lepas, member jauh dari Sarawak cakap aku ni macam anak no 4-no 5. Nasib baik tak cakap aku ni macam anak bongsu. Hehe

Tapi ada seorang member masa aku cikgu dulu bagitau, "Nampaklah ada ciri-ciri anak sulung kat ko...independent". Akhirnya ada jugak yang nampak tokoh aku sebagai anak sulung..Haha

Ramai yang pelik, macam mana aku boleh sesorang. Aku rasa lebih senang sebenarnya. Kalo aku rasa nak pergi, aku pergi je. Tak payah mintak sesiapa pun temankan. Sebab aku tak suka tunggu orang lama-lama dan aku tak suka orang tunggu aku.

Aku nak pergi toilet pun sesorang pun, ada member sekolah dulu merajuk cakap, "Sampai hati tak ajak aku". Aku pun fikir..salahke pergi sesorang.

Macam tu jugak aku ada masalah dengan bank masa first year kat UTM ni. Kalut orang-orang bank tu. Ada member tanya kenapa tak ajak dia temankan. Aku rasa aku boleh uruskan sendiri lagi then malas nak menyusahkan orang lain sebenarnya. Tu pun dia kagum aku boleh uruskan sendiri. Aihhh herannya tu pun nak kagum....? Aku rasa kelakar pun ada.

Masa aku pergi KL baru-baru ni, aku pergi sesorang je sebab ada interview SPA. Aku sangat tak biasa dengan KL. Tapi aku boleh sempat pergi shopping kat SUGO sesorang selepas habis je interview. Rupanya kat belakang SUGO tu ada Jalan TAR. Ish kalo lah aku tahu................Tu pun osmet-osmet aku pelik.

Yang lagi satu, osmet-osmet aku kat rumah ni hairan macam mana aku boleh duduk sesorang masa diorang semua tak ada. Berani betul. Bukan nya sekejap, lama jugak...sampai seminggu. Aku rasa ok jer, bukannya ada hantu pun. Haha

Ala tu baru sedikit je, masa form 3 dulu..pernah 3-4 malam berturut-turut aku sakit perut pukul 2-3 pagi. Belakang rumah, kebun getah. Toilet lak kat luar rumah, agak jauh lak tu. Angkutlah air dalam baldi sesorang tengah-tengah malam.


 Macam ni lah rupa toilet nya.


Amacam BERANI tak aku? Berani pun salah satu sikap independent kan? So kalo sesiapa tak percaya aku anak sulung lagi tak tahu lah.

ps: Tapi kat rumah, aku suka nyusahkan adik lelaki teman, malas nak bawak motor sebenarnya.



11 soseh-soseh:

dark September 28, 2010 at 8:27 PM  

hahahahahaha....

menarik...

kalau xde part cite ank sulung tu...

ku rase kamu mang ank sulung..sbijik cam my brother...

tp part last tuh...
hahahaha...standard la tuh..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o September 28, 2010 at 9:17 PM  

kak long kak long betul ke nih...takpe la kak long

Amir Syahir September 28, 2010 at 9:37 PM  

cemerlangnye toilet..hee

tehr September 28, 2010 at 10:54 PM  

tandas tu...
kalau masa hujan...
... malas je rasa

Ann September 29, 2010 at 12:03 AM  

@dark
mybe dlm penulisan nmpk kot...lom jmpe kat realiti lg...hehe

@brutal
adik2 aku xdenye nk pgil ak kak long...

@hiro
toilet dh brubah skng..

@tehr
yup kena redah..tu yg mls

Sir Marcello September 29, 2010 at 12:28 AM  

kamu kan kakak~ hahaha

Mohd Naim September 29, 2010 at 7:53 AM  

aku plak..kalau aku cakap aku anak bongsu, ramai yg xpercaya...macam mana tuh?? huhuhu!!

AngahSayang2314 September 29, 2010 at 10:14 AM  

hahahha gelak jap.. angah kalau macam nie takut ann mesti suruh suami temankan serikkkk sah dah pernah jumpa mehhhhh hehehe

Ann September 29, 2010 at 11:06 AM  

@marcello
:)

@naim
aku pon xpercaya weh..haha

@angah
pe guna nyer de suami kalo xleh tmnkan..haha..nti aku pon jd cm angah kot nti...

WOLFMAN September 29, 2010 at 11:24 AM  

dulu tiap kali aku balik kampung rumah nenek aku dulu langsung tak der tandas mcm gambar tu. terpaksa cari semak kalau nak 'uuh'.

Aku September 29, 2010 at 3:26 PM  

ye..seronok sensorang.
rasa bebas nak buat apa yang kita suka.contoh kalau g shopping tak payah tunggu orang nak kesana kemari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP