Emak-emak suka anak-anak jadi cikgu

29 September 2010

Pasti ramai yang setuju dengan tajuk aku kan. Aku pon pernah alami bila aku nak memilih jurusan di universiti. Aku nak pilih engineering tapi emak aku lebih suka aku jadi cikgu.

Katanya, kerja senang, gaji besar, keluar dari universiti konfirm dapat kerja..tak perlu menganggur lama-lama. Jujur dari aku, sesiapapun yang jadi cikgu tak sepatutnya hanya sebab ni. Biarlah ikhlas ok..

Masa tu, boleh dikatakan aku dengan emak aku bergaduh (berbeza pendapat je), aku degil dengan keputusan aku dan emak aku tak berhenti-henti pujuk aku jadi cikgu. Nasib baik ayah aku masuk campur.

Aku bukan tak minat jadi cikgu cuma aku rasa kan aku kurang sesuai jadi cikgu. Ketika sekolah menengah dulu, ada kawan-kawan rujuk pada aku. Tapi diorang pernah cakap aku ni tak pandai mengajar dan kasi orang lain faham. Tapi last-last cari aku jugak.

Korang rasa aku kecik hati ke? Tak langsung sebab aku dah tahu aku memang tak pandai mengajar sebenarnya. Dan aku kurang kesabaran dalam mengajar. Pernah adik lelaki aku menagis (aku kena marah dengan mak sebab garang )dan kawan aku menangis (cikgu aku pandang semacam..mesti ingat aku buli kot).


1 soseh-soseh:

Sir Marcello September 29, 2010 at 6:15 PM  

dulu adik pompuan aku jer mak aku selalu sebut suh jadi cikgu...yang laki2 dia tak sebut mesti pasal garang nak mampos....hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP