Perlindungan dari masalah dan gelisah

05 September 2010

Rasulullah s.a.w mengajarkan para sahabatnya untuk meminta bantuan Allah dari bencana-bencana dan penyakit-penyakit.

Abu Said Al-Khudri telah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba beliau bersua dengan seorang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Abu Umamah, lalu baginda bertanya,

"Wahai Abu Umamah,mengapa kau duduk di dalam masjid diluar waktu solat?".

"Wahai Rasulullah, saya bersedih kerana hutang-hutang banyak sekali."

Rasulullah bertanya,"Mahukah ku ajarkan kepada mu suatu doa yang bila engkau mengucapkannya tentu Allah akan melenyapkan semua kesusahanmu dan melunaskan semua hutangmu?".

"Tentulah saya mahu", jawab Abu Umamah.

Rasulullah pun bersabda," Ucapkanlah doa ini diwaktu pagi dan maghrib:


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Abu Umamah kemudian pun berkata,"Aku pun melakukan perkara tersebut, maka Allah pun menghilangkan kegelisahanku dan melunasi hutang-hutangku".

(petikan dari Buku: Jangan bersedih: Jadilah wanita yang paling bahagia.
Penulis: Dr Aidh Bin Abdullah al-Qarni)

Doa dari sini.


ps: Dengan sentiasa berpegang kepadaNya, insyaallah kita akan tunjukkan jalan supaya kita jauh dari masalah. Anggap lah ujian dan dugaan tu diberikan kepada kita untuk menjadi lebih tabah. Jadi terima lah dengan hati yang sabar dan redha.

Sabda Rasulullah : “ Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya ( dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” ( HR Bukhari & Muslim )

Doa kat atas tu jugak untuk mendapat rezeki yang halal.


4 soseh-soseh:

Sir Marcello September 5, 2010 at 4:51 PM  

thanks for sharing...hati tenang bila takda hutang

ada satu doa nie sorang ustaz masa terawih selalu sebut...selalu ucapkan tambah2 bulan ramadhan...doa minta keampunan..aku tak dapat tangkap (hati gelap kot)...tapi doa nie yang Nabi ajarkan kepada Aisyah :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o September 5, 2010 at 10:31 PM  

terima kasih...banyakkan lagi n3 macam nih

tehr September 6, 2010 at 2:55 AM  

entri yang bagus
thanks - sangat berfaedah untuk semua

selamat hari raya

AngahSayang2314 September 6, 2010 at 2:29 PM  

1 info yg bernas thanks ann

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP