Berbuka dengan masakan sendiri

06 September 2010

Semalam bersamaan 26 Ramadhan, buat pertama kali aku dengan osmet-osmet masak sendiri pada bulan ramadhan ni. Kitaong ajak sorang member berbuka sekali. Sebelum ni kitaorang biasa berbuka dimasjid ataupun di restoran.

Kalo berbuka di masjid, suasana ramadhan tu lebih feel dan waktu untuk beribadah pun lebih terisi. Sebab lepas habis jer makan, tak ada nya nak borak-borak..habis makan, terus pi solat berjemaah then sambung baca al-quran.

Semalam, sekali kitaorang masak...banyak betul lauk kitaorang sediakan. Semuanya seafood. Ikan siakap masak halia, sotong masak sambal, udang masak lemak cili padi, onion ring goreng dan kangkung goreng masak kicap. Banyak kan? Nak lepaskan gian memasak kot. Padahal yang makan jer, 5 orang.

Untuk moreh pulak... sata, murtabak dan aiskrim.

Salah satu tabiat kat umah aku ni, masing-masing akan timbang berat sebelum dan selepas makan. Nama pun dah perempuan kan. Kalo tak sensitif pasal berat, bukan perempuan lah namanya tu.

Yang peliknya, berat aku selepas makan cuma naik 0.3kg. Kawan-kawan yang lain...1kg. Aku tak makan ke apa. Sama banyak jer makan ngan kawan-kawan lain. Bulan puasa ni, naik pun tak..turun pun tak. Maintain jer. Aku nak lah 2-3 kg turun. Tu pun sangat susah lah.

Esok petang, aku balik kampung. Yeay!


11 soseh-soseh:

HEMY September 6, 2010 at 2:14 PM  

wah...balik kampung dah sok petang!!! niceeee!!

selamat hari raya yeeee

AngahSayang2314 September 6, 2010 at 2:29 PM  

wah... bestnyer balik kampung yeee...

tak pe nanti lepas raya naik la 3kg hehehehe

hanie September 6, 2010 at 2:57 PM  

semoga selamat dalam perjalanan!!
selamat hari raya!

Firol September 6, 2010 at 5:13 PM  

semoga selamat pergi dan balik selamat hari raya

Lan Bingka September 6, 2010 at 11:00 PM  

macam mana dgn berat masa raya nanti..jeng jeng jeng

ain fathihah fhm September 7, 2010 at 12:30 AM  

hahaha siap timbang ye.

Anonymous September 7, 2010 at 12:48 AM  

hahaha.da nak abes puasa baru nak msk.maleh tol

Sir Marcello September 7, 2010 at 4:36 AM  

aku kalo dah kat umah nie...melantak jer keja...berat belakang cerita..miyahaha..

oh dah nak balik ya...selamat pulang ke kampung dengan selamat :)

tehr September 7, 2010 at 4:47 AM  

tiap hari makan masakan isteri
...aku kontrak cuci pinggan je

selamat balik kampung
hati2 dalam perjalanan

MR.Z September 7, 2010 at 9:09 AM  

hehe..boleh lak timbang berat dulu yek.. :D

btw selamat hari raya :)

Unknown September 7, 2010 at 8:00 PM  

sedapnyer menu2 masakan akak ni... hehe eh! akak raya kt mne thn ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP