Perempuan materialistik

24 August 2010



Member aku bagi link youtube ni. Rakaman perbualan antara Brother Love (Dj Radio), Samad dan bekas tunang Samad yang materialistik. Tunang Samad ni putus tunang bila dah jumpa lelaki lebih kaya dan handsome. Samad hanya sekadar penjual burger.

Aku faham apa point yang perempuan nak sampaikan tu. Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Jual burger memang tak menjamin masa depan. Kebanyakan orang perempuan ni termasuk aku lah inginkan lelaki yang stabil. Tak semestinya kaya. Kalo kaya tu, dah kira satu bonus.

Apapun, cuma perempuan tu sangat-sangat tak patut buat macam tu kat Samad.

Kenapa perlu tunggu jumpa lelaki lain yang lebih baik..baru nak tinggalkan tunang dia sekarang? Aku agak maybe dia takut takkan jumpa lelaki lain. Pasal tu main terima je.

Tu la pasal kalo kita tak boleh terima dia seadanya dari awal, jangan bagi harapan. Tak nak ada masalah di kemudian hari. Sebab kita hidup dengan dia untuk sepanjang hayat...bukan untuk sehari dua.

Bagi aku, perempuan ni sangat biadab, terlalu sombong dan terlalu bermegah dengan boyfriend dia yang baru..mentang-mentang lah boyfriend dia yang baru lagi bagus...sedap-sedap hati jer menghina bekas tunang. Tak ada langsung rasa bersalah. Ingat nikmat tuhan tu bila-bila masa boleh tarik.

Samad dah beli lori baru. Semoga perniagaan Samad terus sukses dan berkembang. Lepas ni boleh lah bukak restoran pulak. Nanti ramai lah calon isteri berduyun-duyun yang datang sampai kelabu mata nak memilih.

Aku pernah nasihatkan adik lelaki aku. Tak payah bercinta zaman belajar ni. Belajar betul-betul, cari kerja elok-elok dan kumpul duit banyak-banyak. Confirm ramai perempuan yang nak. Tak yah terhegeh-hegeh nak mencari.

18 soseh-soseh:

HEMY August 24, 2010 at 12:47 AM  

hhahahahaha..bodoh kan??dengar pn rasa bongok..tp mmg ramai pompuan camni skang ni..

ugly fact

Unknown August 24, 2010 at 1:38 AM  

pernah dengar gak mmber pasang rakaman ni..ppuan cmtu x lame tu..nnti dia akn kna lebih teruk lg..cian kt samad..

Wanie-san August 24, 2010 at 2:11 AM  

Sakit hati giler dengar tau!
Yes..memang duit sgt2 penting..
tp jgn mainkan perasaan org...
memang samad tu jual burger..tp
kalau memang nak lelaki kaya..
buat pa g tunang dengan samad kan..
apada~~
nnt bf baru die yg KAYA,KACAK tu tinggalkan die baru dia tau!
huhu

aisHa 'S' August 24, 2010 at 4:52 AM  

ade dgr gak semalam..siap dnload lg...
memula phm la point prmpn tu sume sal duit..mmg btul pe yg die ckp..tp cara die tu sgt biadap..masa tu mmg pk kalo bf bru tgglkn die bru la tahu langit tu tggi ke rendah..pastu lak..smpi menghina..tp perempuan xsabar mcm ni x aman hidup die nnti..
Allah itu Adil.

Sir Marcello August 24, 2010 at 5:29 AM  

aku dah rasa benda nie...aku percaya..duit segalanya...miyahaha...

for samad tue..dia dah boleh pk balik..nak rebut awek tue balik..pi lah nekad cari kehidupan yang lebih baik...ada hikmah sebenarnya..takat ada lori tp fulus tak masuk lagi.,.xyah pasang impian...dah dapat fulus baru boleh...

dunia sentiasa kejam..mahu atau tidak..selamba lah ko layankan~

Mohd Naim August 24, 2010 at 8:01 AM  

sorry for my different opinion..

aku rasa, pompuan tu dah buat perkara yg betul, dia tahu apa yg dia mahukan dalam hidup..lebih baik dia tinggalkan lelaki tu sebelum kahwin dan sebelum ada anak..kalau dah kahwin dan ada anak macam mana?

kita tak boleh salahkan pompuan tu, she deserve lelaki yg lebih baik dan dia dah jumpa lelaki yg lebih baik dan juga lelaki tu mmg menunjukan kesungguhan dekat dia..

dia cakap mcm nada menghina tu, maybe sebab dia dah xtahan lelaki tu asyik dok kejar dia sampai call stesen radio lagi..dalam kes mcm nie, kena cakap kasar sikit so lelaki tu tak la simpan perasaan lagi kat pompuan tu dan mudah nak lupakan pompuan tu..so he can easily move on...

utk lelaki tu, dah org xnak nak buat macam mana..usaha sungguh2..carik la yg lain..bunga bukan sekuntum...bukan semua bunga kita boleh dapat, dan bukan semua bunga sesuai untuk kita...

best man win!

Ann August 24, 2010 at 11:36 AM  

@hemy
mmg aku akui...ni utk long term..sape2 pun nk idup senangkn...cuma cara tu kene lah betul, jgn jd cm pom ni

@apid pehe
tu la kaw3 betul dia kenekan samad...cian lak

@wanie
tu la pasal...kalo dia dah rasa baru taw...xptut tol

ain fathihah fhm August 24, 2010 at 11:46 AM  

fuh..mybe pmpuan tu betul..dia sndiri perlukan lelaki yg mampu menjamin masa depan dia..tp kan...rasa memang tak patut dia hina2 samad tu..isk3

Ann August 24, 2010 at 11:51 AM  

@aisha
cian samad...mmg tak ptut pom tu wat cmtu, kalo xsuka..npe pi terima dr dulu...nti kalo dia dh rasa, br taw...

@marcello
oo ko penah rasa? betul tu...duit kene ade..br leh nk sara anak bini..dh kaya nti, br lah pk cari yg len..

@naim
cuma ak xsetuju cara pom tu..knp dia pi btunang ngn laki tu dari awal kalo rasa laki tu xsesuai? dh jmpe yg bgus, tgglkan yg lame...kat sini, pom tu dah mainkan perasaan org...xptut2
pgajaran bg laki tu, kene usaha lbh lagi..

Ann August 24, 2010 at 11:52 AM  

@ain
yup pom tu ade betulnye, smua org nk jaminan masa depan...tp dok mhina tu..aihhh

Hanif August 24, 2010 at 12:11 PM  

duit memainkan peranan pnting..tapi lau dah jatuh miskin susah gak...pilihlah agamanya..

AngahSayang2314 August 24, 2010 at 12:47 PM  

salam ramadhan 14

angah ada dengar dalam FB mula2 tue angah bole terima betul gak kata dia zaman sekarang nie semua dengan duit kalau tak ada duit tak bole hidup tapi part yg akhir tue angah tak bole terima sebab dah kau tak nak org tue kau kutuk dia macam2 ?& last angah dengar yg dia nampak sangat last sekali dia nie memamg mata duitan
itu yg buat angah tak suka bila dengar perbualan nie errr geram tul

Aujinz August 24, 2010 at 1:06 PM  

tue la pasal..
kesian Samad..

ape ape pon... Samad dah beli lori baru...

Fuz August 24, 2010 at 1:17 PM  

dulu ramli burger pun macam samad jugak. Sekarang dah jadi business man berjaya dah si ramli tu.

De'din August 24, 2010 at 1:57 PM  

tu lah pasal..
kalo dah x nak ckp lah awai2..

Aku August 24, 2010 at 2:22 PM  

takpe la samad,pompuan kan ramai..
apa nak heran

yott August 24, 2010 at 2:54 PM  

prmpuan tu mmg x ptt buat mcm tu..
sepatutnya dari awal lg dia tinggalkan kalau rasa samad tu x bole jamin masa depan dia..

kena ingat..hari ni kita buat org menangis suatu hari nnti org yg kita syg tu akan buat kita menangis

emirhasnan September 20, 2010 at 5:54 PM  

peh!
best jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP