Nasib jadi anak bongsu

09 August 2010

Minggu lepas aku balik kampung. Hari jumaat aku cuti. Lama betul aku tak balik. Kira-kira 2 bulan lebih.

Aku nampak perubahan mendadak pada adik aku yang bongsu, Sarah. Tinggi betul. Baru darjah 1. Bila besar ni, boleh jadi model ni. Model muslimah. Tapi dia ni kecik-kecik dah brutal.

Aku dalam bilik air. Dari luar bunyi ketuk.

Adik: "Sape ni dalam ni?".

Aku:"Kakak ni."

Aku lak yang tanya: "Sape tu kat luar?".

Adik:"Adik ni".

Aku:"Adik mana? Kakak banyak adik.". Padahal aku dah tahu. Saje nak mengusik.

Adik:"Adik Sarah.".

Dia boleh lak layan aku. Biasanya dia malas nak layan karenah aku yang suka mengusik dia. Dia selalu wat tak peduli jer bila kakak-kakak dan abang-abang dia mengusik dia. Dia selalu marah kitaorang. Katanya, rimas.

Tapi bila aku tanya dia nak adik tak.  Jawapannya taknak. Aku tanya sebab apa.


"Nanti tak ada orang sayang adik lagi dah.".

Tahu pulak. Time kitaorang duduk mengacau dia, tak dilayannya kitaorang. Mencik betul.

ps: Kat kampung, aku jarang blogging sebab internet sangat lembap. Yang peliknya, blogspot jer yang lembap. Website lain ok je.



9 soseh-soseh:

yott August 9, 2010 at 4:31 PM  

sy ada adik sorang jer
abg, kakak ramai
tp adik yg sorang tu pun dah ckp peningkan kepala sy..

Bb Hussain August 9, 2010 at 4:48 PM  

kadang2 best jadi anak bongsu..kand2 x best gak..hehe

MOFASAD August 9, 2010 at 4:57 PM  

sayang adik kamu ketat2 ok!

>>_______<<

Sir Marcello August 9, 2010 at 5:32 PM  

time depa kecik2 best r nak sakat..nie besaq2 dah...takut kita plak kena belasah...hahaha

redballerina August 9, 2010 at 6:34 PM  

aku ada sorg je adik yg muda setahun je. xde kakak n abg. haha

Zikri Husaini August 9, 2010 at 6:59 PM  

hehe.. biasala tuh...nanti dah besau ok kot..

[noriza] August 9, 2010 at 9:47 PM  

kalau ko tanye nak anak sedara tak..surely die jawab YA ^_^

gnesop August 10, 2010 at 12:00 AM  

anak bongsu mmg manja la kan..
tp yg manja2 tu lg best utk diusik..huhu

Azuan August 10, 2010 at 1:55 AM  

ade jugak sorang adik bongsu..memang dye rapat dengan mak le huhuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP