Bukan accident tapi jatuh

08 August 2010

Masa tahun tiga dulu. Masa ni aku baru je beberapa bulan bawak moto. Ada sekali tu aku berkejar ke kelas. Hujan renyai-renyai masa ni. Jadi aku pecut.

Kat simpang jalan, kereta depan aku break dengan tiba-tiba. Apa lagi aku pun break dengan mendadak dan sekuat hati.

Akibatnya moto aku ngn aku sekali jatuh. Aku tengok dari jauh ada bas dengan moto-moto lain. Tapi jauh lagi. Aku cepat-cepat angkat moto aku sebab aku tak nak bertembung dengan diorang. Malu tahu. Malu sangat. Tapi aku tak mampu nak angkat. Berat sangat.

Akhirnya ada beberapa orang berhenti tolong angkat.

Then ada yang tanya," Boleh ke ni bawak? Rehat-rehat lah dulu".

Aku jawab, "Boleh-boleh". Aku terus berlalu tanpa ucap terima kasih pun. Mengigil beb time tu. Aku pun tak tahu mengigil sebab apa. Sakit sebab jatuh? Malu? Sejuk sebab basah kena hujan? Or yang tolong tu lelaki?

Aku malu sangat masa tu. Nak tengok muka diorang pun aku tak berani. So ucap terima kasih...pun aku boleh lupa. Aku ni kalut sikit bila berlaku kejadian memalukan macam ni.

Agak-agak diorang bengang tak aku berlalu macam tu je?

ps:First accident aku dengan kawan aku, Zura. Berlanggar dengan longkang kat kolej. Zura yang kena teruk. 



11 soseh-soseh:

ain fathihah August 8, 2010 at 5:31 PM  

bahayanya! jaga diri, jangan duk merambu sangat. hehe

yott August 8, 2010 at 5:51 PM  

tak prnh jatuh motosikal coz x brani naik pun..
tp masa sek men pernah jatuh basikal, motor langgar..luka2 kat lutut..nasib baik x tinggal parut
masa tu malu sgt2..huhu

berhati-hati di jln raya k..

Berd August 8, 2010 at 10:38 PM  

kain terselak tak?. ahh ruginya takda masa tu. sedap kalau boleh tengok.

Sir Marcello August 8, 2010 at 11:51 PM  

diorang faham kamu tue tengah trauma...huhuhu

+akufobia+ August 9, 2010 at 1:16 AM  

apa la dosa longkang.

Lan Bingka August 9, 2010 at 8:14 AM  

takpe saya faham..;p

arifadela August 9, 2010 at 9:29 AM  

hahaha....
g amek lesen dulu...
haish...

Ann August 9, 2010 at 11:55 AM  

@ain
tq..hehe baru blaja bawak moto n dpt lesen

@yott
masa tu tpksa blaja bawak moto pasal mls naik bas ke kuliah
orait tq...

@berd
aku ni jrg pakai baju kurung..kalo lu de time tu..mmg xdpt pun

@sir marcello
hehe hrp2 cmtu lah...trauma sbb malu jer pon

@fobia
kecian longkang tu...haha

@lan
lu ke slh org nye yg de time tu? haha

@arif
dh lesen penuh skng ni hehe...biasa lah baru dpt lesen lg time tu...huhu

ASaDa RyutaRo August 9, 2010 at 1:54 PM  

hahahaha.. tu la. sapa suh memecut. sakit seyh jatuh moto ni..

pernah kena time hujan renyai2 gak. kes alang2 nak sampai. tup2 hilang kawalan.. nasib baik tak jatuh sungai. isk2..

daisy August 9, 2010 at 2:59 PM  

bengang tu tak kot..sebab dah kata pun menolong~cuma mesti diorang heran nape lah awek yg diorang tolong tu pemalu sangat~ahaha

Cik Zura August 9, 2010 at 5:07 PM  

ahaha..ann..mengimbau kenangan lampau nmpk..haa, 1st ko jth mtr ngan aku..kesan kt kaki aku still ada smp skrg..jadi besar sblh..haha.ni sbb kes lebam tu aku biar je..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP