Kebaikan Habbatus Sauda

10 August 2010

Baru-baru ni aku beli produk Habbatus Sauda keluaran al-Wafi. Kebetulan pada hari yang sama, kepala aku sakit. Biasanya aku akan okey selepas telan panadol. Kalo tak seharian aku akan alami sakit kepala ni.

Tapi selepas aku minum produk ni, tak lama lepas tu..terus sakit kepala aku hilang.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Sedikit info yang aku dapat dari sini.

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


Banyak lagi info pasal Habbatus Sauda ni. Nak tahu klik je sini.

4 soseh-soseh:

Frodo Baggins August 10, 2010 at 4:26 PM  

>>___<<

habbatus sauda
nak mintak berd tolong bawa balik
ehkekekekke

Aku August 10, 2010 at 10:39 PM  

ye ke rasa dia pahit?

Ann August 11, 2010 at 12:15 AM  

@frodo
tlg mntk utk aku sekali hehe

@daisy
aah pahit...nk manis, letak ar susu or madu...

Sir Marcello August 11, 2010 at 12:58 AM  

memang pengemar panadol ke? jangan amalkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP