Kalo lah ada kakak..kan best
29 August 2010
Jadi anak sulung ada yang tak bestnya. Mana taknya, aku teringin sangat nak ada abang dan kakak. Boleh jugak nak bermanja-manja kan. Ceh! Gelik jer.
Tapi betul, aku dari dulu lagi jeles dengan kawan-kawan yang ada ramai abang dan kakak. Macam ada orang caring. Kalo ada kakak, boleh lah tuntut ilmu dan belajar macam mana nak bergaya.Lagipun bawah aku berderet 3 orang adik lelaki. So memang patut aku tak tau nak berfesyen ni.
Bukan setakat belajar berfesyen je, boleh jugak warisi pakaian kan. Tapi pakaian-pakaian aku, adik-adik perempuan aku yang dapat. Aku? Beli sendiri je lah. Hidup ini memang tak adil kan?
Disebabkan aku tak tahu berfesyen, aku memang pakai baju bersaiz besar gedabak. Pakai yang bukan saiz aku. Disebabkan ni, ramai orang ingat aku gemuk. Tensen sangat lah bila ada dengar suara-suara sumbang ni. Mencik taw!
Pernah sekali tu, aku tensen betul bila pergi birthday party anak jiran, masa ni zaman degree lah. Ada makcik tu cakap aku gemuk. Aku balik rumah jer mengadu kat adik lelaki aku.
"Mizi, makcik tu cakap aku gemuk!". Luah aku dengan geram.
Adik aku bagitahu,"Na, ko pakai baju saiz besar...memang lah nampak gemuk".
Bila aku dengar je, terus sejuk hati aku. Aku nampak je gemuk, bukan gemuk. Berbeza tu tau.
Kes lain, adik aku, Wan ajak aku suruh potong seluar aku yang terlebih panjang. Dia rimas tengok aku pakai seluar berlipat-lipat. Kan aku dah cakap, aku buta fesyen. Dia jugak yang ajar aku suruh pakai foundation, perfume dan ajak pergi beli. Aku tak tahu bau perfume macam mana, adik aku ni yang ajar dengan suruh sembur kat tangan. Adik aku geleng-geleng jer pelik dengan perangai aku yang tak macam perempuan.
Walaupun aku tak ada kakak, aku bertuah ada adik-adik lelaki yang ajar aku jaga penampilan walaupun tak searif perempuan.
Sebab tu bila sekarang, jumpa balik kawan-kawan lama yang bertahun tak jumpa, "Ann, ko dah kurus!".
Padahal dah bertahun-tahun berat aku sama jer, tak berubah sangat.
ps: Satu yang aku perasan kalo ramai adik-beradik perempuan yang tak jauh umurnya, asyik pot pet pot pet je. Macam adik-adik perempuan aku. Sampai adik lelaki aku cakap, hobi diorang bercakap. Aku pun pelik..tak letih ke?
12 soseh-soseh:
hahaha...masalah jadi anak sulung..kalau anak tunggal lagi lah...
selain adik beradik...kawan2 kan ada untuk bertanyakan tentang grooming...huhuhu
kalau jadi anak sulong memang semua tanggungjawab kita tanggung...
tapi angah nak abg & adik lelaki angah tak ada adik beradik lelaki..... sob..sob..sob.
haha..sy dlu mase kecik2 tomboy..
adik beradik rmai lelaki..
ade kakak sorg jer..
adik pmpn pn xde...
tp mgkin sbb mase sekolah lg sy stay hostel so sy bljar dgn kwn2 kt hostel..
skrg plak sy jd hantu shopping...
dlu pn suke pkai bju besar..
ptutnye beli M tp pkai L...
haha...
teringin nak abang. tak nak kakak, sebab saya bukan seorang kakak yang baik.
Tapi adik lelaki saya adalah eorang abang yang baik kepada adik yang lebih kecil.
(ehem2, skema.)
itu namanya girls talk. byk mende nak sharing. hahahah..aku takde adik pompuan, tp anak buah ramai dh beso. so ape lg...kalo blk kg..pillow talk itu adelah wajib. hahahahaha
*sigh* mcm tak percaya umur dh menghampiri angka 3 instead of 2. wawawawa...
aku ada 4 org adek laki. best je aku rasa kawan ngan laki nih... he he.
.
@marcello
kawan2 pun tolong gak bg nasihat ni..lg2 bab makeup, nk matching baju..aku xpndai bab2 ni
@angah
la ye ke? kalo de beradik2 laki..sennag..byk keje yg berat jd ringan
@aisha
eh aisha..sama lah kita, sejak duk hostel br kenal pncuci muka, kalo dulu guna sabun badan je...
@cokelat
laki ni kalo jd abg...caring betul, garang pun grg
@hanie
bguslah at least ramai gaks saudara pom...
@tasek
haha mmg best...tu psl jd tomboy, kasar semacam je..
ada sape2 kat sini yg sudi jadi akak aku tak? dambakan kasih sayang akak nih
hahahaha
kakak pon boleh jadi garan pe.. =P contoh? Yours truly. =D
tu lebihnya anak sulong..survival
anak perempuan tunggal saya juga hobinya bercakap
...kalau dengar dia berborak dengan kucing, alahai... macam betul2 kucing tu faham apa dikatanya...
hoho x salah pun pakai pakaian yg besar dan nampak gemuk..janji hati senang
Post a Comment