Gridiron Gang

05 August 2010

Filem Gridiron Gang berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 90an. Filem ini mengenai pasuka football, Kilpatrick Mustangs yang terdiri dari pesalah juvana. Ada yang pembunuh, pengedar dadah, kaki gangster dan macam-macam lagi kesalahan jenayah.

Kisah ini bermula Sean Porter yang merupakan pelatih di kem juvana ni. Dia amat kecewa dengan tidak mampu menolong para remaja ini keluar dari masalah kehidupan. Dia akhirnya menubuhkan pasukan football america. Biasa lah mula-mula tu mendapat tentangan dari pihak atasan di kem terbabit.

Bagaimana dia begitu berusaha menubuhkan pasukan ni. Dia mencari pasukan lawan untuk perlawanan, mencari peralatan sukan dan memujuk para remaja terbabit supaya join. Dia inginkan menanam sikap hormati sesama rakan, bertanggungjawab, keyakinan dan perasaan untuk menjadi juara ke dalam setiap jiwa remaja terbabit.

Aku terharu menonton filem ni. Pelbagai halangan tapi Sean tak pernah berputus dalam membantu  mengubah mereka semua. Ketidakpercayaan dari pihak atasan, karenah remaja-remaja terbabit, serangan dari kumpulan gangsters dari luar. Dia tak pernah putus asa. Dia cuba mendekati mereka semua. Menjadi sebahagian dari diri mereka. Cuba memberi kata-kata semangat. Membimbing mereka.

Akhirnya sikap tidak pernah putus asa, Sean berjaya memupuk sikap kesetiakawan, yakin diri, berani, bertanggungjawab, ingin berubah jadi lebih baik berjaya. Mereka berjaya menjadi juara. Lawan-lawan mereka dari sekolah tinggi.

Filem ini memang benar-benar banyak pengajaran. Setiap orang berhak mendapat peluang. Setiap orang boleh berubah jika diberi peluang. Tidak ada sikap double standard. Tidak berputus asa. Sentiasa membantu. Ramai antara mereka berjaya mengubah kehidupan mereka setelah keluar dari kem juvana yang mereka sangka tidak mungkin berubah .

Tanpa sedar, meleleh jugak air mata aku sebab terharu dengan perjuangan Sean. Setiap remaja terbabit sangat menghargai Sean. Akhir filem ada ditunjukkan video watak-watak sebenar dalam filem ini.


12 soseh-soseh:

Kimie Hashim August 5, 2010 at 10:44 AM  

cerita ni bukan dah lama ke ann?? the rock punya lakonan memang mantap habis dalam ni.. ;)
ann, kimie ada buat lawak pasal Apa yang paling anda takut, ann ada tak benda yang ann takut?? jom ah jenguk jap..please..

Aku August 5, 2010 at 1:13 PM  

sebab ann dah kata best,haruslah daisy nak tengok jugak

Unknown August 5, 2010 at 2:08 PM  

best ye??
kena download ni..hehe...

HEMY August 5, 2010 at 2:11 PM  

aku kena carik citer ni..ko share baru ingat..aku tau citer ni

tp citer pasal semangat kesukanan dan perpaduan mmg motivate kita kan

Atika Ramlan August 5, 2010 at 6:19 PM  

i watched this,and mentioned sket dlm entry "Demi Allah" tu. dah ada post jugak,tp scheduled kuar esok..

Durrani Zamri August 6, 2010 at 2:28 AM  

wahh! the rock ada mesti best!!! hehe~

tp suke jugak tgk cite yg Stone Cold ada...hihih~

Unknown August 6, 2010 at 2:34 AM  

wow.jom tengok.

Gallivanter August 6, 2010 at 12:10 PM  

It was an entertaining movie...go watch Inception! :-)

Sir Marcello August 6, 2010 at 3:08 PM  

citer nie best...tambah ada the rock...hahaha

p/s: tak sabar nak tengok movie baru dia~

Lan Bingka August 7, 2010 at 3:28 AM  

yup, filem yg banyak pengajaran..

tehr August 7, 2010 at 6:54 PM  

pintu taubat tidak pernah tertutup untuk siapa2 yang mahu mengambil peluang

MR.Z August 8, 2010 at 12:42 PM  

macam menarik je..ada the rock tuhh.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP